Chicken Butter Milk Sedap!! | Harini mama buat menu simple yg ank2 suka... chicken buttermilk makan dgn nasi goreng butter. Ni mama share step by step noh utk ayam... mcm biasa ni resepi utk org yg belum tau caranya yg dh tau tak payah tgk ok....peace
Ni bahan penting.. isi ayam.. kuantiti agak-agak la semangkok kecik
Bahan untuk gaul ayam:
1/2 sdu kecil serbuk kari daging
secubit garam
secubit gula
1 sdu besar tepung beras dan 1/2sdu besar tepung jagung
1 biji telur
Semua ni digaul sebati bersama ayam.
Kalau nk lagi senang guna jer tepung bestari
gaul sebati perap sekejap pastu goreng
Ni rupa ayam dah siap goreng.. ok ketepikan
Ni bahan untuk kuahnya:
1-2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
1 tangkai daun kari
1-2 cili padi... ank tak mkn pedas tak payah letak
2 sdu mentega
1 sdu kecil tepung gandum
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan air
Garam
Secubit gula
Secukup rasa/kiub ayam
Mula-mula panaskan mentega
Masukkan semua sekali bawang,cili dan daun kari..kacau sampai naik bau... pergghh beraroma 1 dapur
Dah layu masukkan tepung.. kacau lagi sekejap sampai sebati
Masukkan 1/2 cawan air biar mendidih macam dalam gambar. Masa ni perisakan dengan sedikit garam gula dah kiup ayam atau secukup rasa meggi
Ok.. masukkan susu cair. Masak sampai kuah pekat sikit. Tutup api. Masa ni kalau nak masukkan ayam dalam ni pun boleh tapi mama suka tuang je atas ayam.
Ok sedia utk dihidangkan... Tara dah siap.. Jommm...nyummmm
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Chicken Butter Milk Sedap!! (SbS)"
Post a Comment