Resepi Tomyam Homemade Pes | Saya masak tomyam je... tapi homemade pes.. saya share tutorial cara buat pes tomyam homemade... saya jarang beli perencah tomyam sejak dah tau buat pes tomyam sendiri..
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : Azzu Liza
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
Bahan-bahan pes tomyam:
Bahan kisar:
✔️ 2 biji bawang besar
✔️ 4 ulas bawang putih
✔️ 3 sb cili blend
✔️ 1 biji tomato
✔️ 2 batang serai
✔️ 1 biji limau nipis perah amek jus nya
✔️ 3 tangkai cili besar
✔️ 1 bj kiub ayam
-------
✔️ 2 batang serai diketuk..
✔️ 3 helai daun limau purut di koyak-koyak kan..
Kisar semua bahan ni jadi kan pes.. kisar dengan sedikit air..
Cara-cara:
1- Masak bahan kisar tadi dalam kuali/periuk api slow.
2- Masukkan ayam.. dan serai serta daun limau purut yang di koyak-koyak kan..
3- kacau sehingga ayam kental atau separuh masak.. pes pun agak kering air nya.. tapi bukan hangit tau.. api slow je..
4- Bila ayam dah separuh masak.. boleh lah masukkan air dan sayur-sayur.
.
5- Bila sayur dah empuk perasakan dengan garam dan sos tiram..
6- Siap dan boleh dihidangkan... Simple kan?
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Tomyam Homemade Pes (SbS)"
Post a Comment