Resepi Meatball Homemade Lazat!! | menepati citarasa.alhamdulillah, cubaan membuat meatball sendiri agak berjaya kali ni...juicy dan penuh rasa daging..
Ni berangan dah nak buat ala ikea meatball. walaupun saya tak tau macam mana rasa ikea meatball tu.sebab tak pernah makan
Ni berangan dah nak buat ala ikea meatball. walaupun saya tak tau macam mana rasa ikea meatball tu.sebab tak pernah makan
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Resepi oleh : Salimah Olie
Bahan-bahan:
800g daging kisar
1 biji bawang holand*
1 sudu besar butter*
1/2 sudu besar mixed herbs
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar lada sulah
1/2 cawan serbuk roti
(sepatutnya guna yang warna putih. tapi saya takde yang putih. guna yang oren je)
1 biji telor
Cara membuatnya:
Tumis butter dan bawang holand hingga layu.(tapi saya lupa nak tumis ☺️)
Masukkan bahan tumis dalam daging kisar dan masukkan juga semua bahan lain.
Gaulkan sebati.
Bentukkan bulat kecik-kecik (kalau besar, takut tak masak dalam nya masa goreng ya)
Goreng dalam non-stick pan.letak butter sikit masa goreng.
Golek-golekkan hingga masak.
Nota : resepi ni saya dapat buat dalam 80pcs++ meatball kecik-kecik.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
Jom layan pic di bawah..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Meatball Homemade Lazat!! (SbS)"
Post a Comment