Resepi Sardin Roll Bakar!! (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Sardin Roll Bakar!! (SbS)

Resepi Sardin Roll Bakar!! | Sedapnya sardin gulung ni. Cara buatnya mudah . Sesuai sangat buat sarapan pagi. Dengan pastry nye yg rapuh dan lemak rasa butter/marjerin. Dan rasa inti sardin yang menyelerakan

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Blog Citarasawan




Bahan pastri:

(Anggaran 15-16 biji saiz sederhana)

300 gm tepung gandum 

120 gm mentega /butter 

Air secukupnya (Saya letak dalam 4 - 5 sudu besar air sejuk)

Secubit garam 



Cara-cara:
.
Masukkan tepung gandum dan garam kedalam mangkuk besar.

Masukkan juga marjerin/ butter. Gaul rata menggunakan tangan hingga menjadi serbuk roti.

Masukkan air dan uli hingga menjadi doh licin. Tutup doh dan biar seketika.


Bahan untuk inti sardin:

1 tin besar sardin 

*1 biji bawang besar mayang halus/ potong dadu

*2 ulas bawang putih 

*2 sudu besar cili kering kisar / atau 2-3 biji cili padi jika suka pedas

1 biji cili merah - hiris nipis

Garam 

Gula

Perahan limau


Caranya:
.
Panaskan sikit minyak, tumis bahan bertanda * hingga layu dan wangi. Masukkn isi ikan sardin (sosnya asingkan dahulu) . Kacau rata. Tambah dalam 3-4 sudu besar sos sardin tadi. Lenyek isi ikan. Masukkan jus limau dan perasakan garam gula. Akhir sekali tabur cili merah yang dihiris tadi. Siap


Sukatan tepung gandum gram ke cawan: 
.
45 gram = 1/4 cawan
65 gram = 1/2 cawan
90 gram = 3/4 cawan
125 gram = 1 cawan
250 gram = 2 cawan
500 gram = 4 cawan
10 gram = 2 sudu kecil
15 gram = 2 sudu besar



Doh licin yang siap diuli



Canai doh tadi ketebalan 3mm . Potong bentuk segiempat saiz 4 inc x 4 inc.



Letakkan inti sardin dan sapu hujung pastri dengan putih telur supaya mudah melekat bila siap digulung



Susun sardin gulung dalam tray dan kelar sikit dengan pisau



Panaskan oven 10 minit, 180 degree. Kemudian masukkan dalam oven tray tadi dan bakar selama 25 minit. 

Selepas 10 minit pertama keluarkan tray dan sapu sardin roll dengan kuning telur



Keluarkan tray dan sapu kuning telur yang dicampur sikit pewarna kuning pada 10 minit pertama. Kemudian masuk balik dalam oven dan sambung bakar lagi 15 minit.



Sardin gulung dah siap keluar dari oven. Yumm



Wangi bau satu rumah pastri sardin roll




Selamat mencuba..

Jangan lupa share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Sardin Roll Bakar!! (SbS)"

Post a Comment