Resepi Oat Berlauk Tomyam!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Oat Berlauk Tomyam!!


Bahan-bahannya:


Oat 4 Sudu Besar (terpulang pada anda)
Kiub Tomyam (saya letak 1 je sebab buat semangkuk je)
Lobak
Kobis
Ikan Bilis
Cili Padi
Bawang Merah
Olive Oil (Sebab tengah Projek Besar, minyak masak biasa pun boleh)

Cara penyediaannya:


  1. Goreng Ikan bilis sehingga garing, masukkan bawang dan cili padi, goreng bersama,
  2. kemudian angkat dan ketepikan
  3. Guna minyak gorengan tadi sedikit untuk menggoreng sayur,
  4. kemudian masukkan air, kiub tomyam dan Oat, masak sekejap je sebab oat cepat masak, agak-agak oat dah kembang kira masaklah tu.
  5. Angkat dan hidangkan oat tomyam tadi, bolehlah letak ikan bilis goreng tadi diatas oat, sedia untuk dimakan.


*Boleh juga tambah ayam, udang, sotong, terpulang pada anda, oh ye tak perlu letak perasa dah sebab tomyam tu dah cukup sedap.

See sangatlah simple, tak susah mana pun, sama je macam bubur nasi, bezanya nasi tu tukar dengan oat, serius lagi sedap dari bubur nasi, tak percaya trylah buat hikhik.

Oleh : Yan Mie
Resepi Oat Berlauk Tomyam!!

Resepi Oat Berlauk Tomyam!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Oat Berlauk Tomyam!!"

Post a Comment