3 Resepi Kek Coklat Lembab (Moist Chocolate Cake)!! | Resepi Tutorial Terbaek

3 Resepi Kek Coklat Lembab (Moist Chocolate Cake)!!


Kek coklat lembab memang sedap dinikmati dan mudah untuk dibuat. Bahan-bahannya juga mudah didapati. Sepanjang pengalaman kami mencuba beberapa resipi kek coklat lembab ini, ada beberapa resipi yang jadi pilihan kami.

3 Resepi Kek Coklat Lembab (Moist Chocolate Cake)!!


1. BLACK BEAUTY CHOCOLATE CAKE


Sumber : Chef Zubaidah, daripada Blog Mak Lang Azie

Bahan A:


  • 2 cawan tepung gandum/superfine (maklang guna tpg gandum)
  • ¾ cawan serbuk koko
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)


Bahan B:


  • 2 cawan gula castor
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan myk masak @ butter dicairkan
  • 1 cawan air panas suam
  • 1 sudu besar chocolate emulco
  • 3 biji telur


Cara membuatnya:


  1. Ayak Bahan A, ketepikan.
  2. Campur semua Bahan B dan kacau sebati (guna whisker)
  3. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  4. Bakar selama 50 minit-1 jam, suhu 150C, api atas bawah
  5. Guna loyang 8"x8"


Topping/Ganache Jimat:


  • 1/2 Topping/Ganache serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 2 1/2 cawan air (mklang guna susu cair)
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 sudu besar majerin


Cara membuat Topping/Ganache:


  1. Masuk semua bahan ke dalam bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau.



2. KEK COKLAT MOIST (KUKUS)


Sumber resepi: Ros, Jintanmanis.com

Bahan-bahan:


  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
  • 3 biji telur
  • Beberapa titik esen vanila


Cara membuatnya:


  1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
  2. Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan  gula hancur.
  3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
  4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.!!!


Topping/Ganache :


*Untuk Topping dan Hiasan*

  1. Sebanyak 1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.



3. ANIS CHOC MOIST CAKE

Sumber: Anis CMC



Selamat mencuba!! aummm...
3 Resepi Kek Coklat Lembab (Moist Chocolate Cake)

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "3 Resepi Kek Coklat Lembab (Moist Chocolate Cake)!!"

Post a Comment