Resepi Maggi Ketam Masam Manis!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Maggi Ketam Masam Manis!!


Bahan-bahannya:


  • 1 bungkus mee maggi perisa kari
  • 2 ekor ketam saiz sederhana, dibersihkan
  • 1 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daunnya
  • 2 biji cili padi merah thai, hiris
  • 2 biji bawang merah, hiris
  • 1 ulas bawang putih, hiris
  • 1 hirisan nipis halia, hiris halus
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar sos cili
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1- 2 biji tomato ceri dihiris untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
  • Sedikit parsley untuk hiasan


Cara penyediaannya:


  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan yang agak dalam).
  2. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia, tambah sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masukkan perencah kari mi maggi (yang disertakan sekali dalam paket mi maggi).
  3. Kacau rata dan tuang air, biar mendidih.
  4. Kecilkan api dan pecahkan telur perlahan2, pastikan merahnya tidak pecah.
  5. Biar telur masak.
  6. Masukkan batang sawi, cili padi hiris dan ketam, masak hingga ketam berubah warna.
  7. Tambah mi maggi dan biar mi kembang.
  8. Masukkan daun sawi dan masak sekejap.
  9. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  10. Kalau kurang kuah, anda boleh tambah sedikit lagi air.
  11. Hias dengan bawang goreng, hirisan tomato ceri dan parsley sebelum dihidangkan.
  12. Selamat mencuba!!....


Oleh : Mat Gebu
Resepi Maggi Ketam Masam Manis!!

Resepi Maggi Ketam Masam Manis!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

1 Response to "Resepi Maggi Ketam Masam Manis!!"

  1. Sedapnya maggi...hurmmm....

    Visit my blog achiksuhaili.com

    ReplyDelete