Resepi Ketam Masak Nenas Best!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ketam Masak Nenas Best!!


Bahan-bahannya:


  • 1.2 kg ketam bunga (bersepit biru)
  • 1 biji nenas madu saiz sederhana
  • 3 batang serai
  • 2 helai daun kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 liter santan cair
  • 400 ml pati santan
  • Air jika perlu
  • Garam dan gula secukup rasa


Bahan kisar halus:


  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji cili merah
  • 15 bij cili padi
  • 1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan


Cara membuatnya:


  1. Ketam dibuang kulit kerasnya, kerat 2 setiap sekor jika ketam bersaiz besar, ketuk sepitnya.
  2. Kaki2 kecilnya dikerat sedikit. Cuci bersih dan toskan.
  3. Nenas dikupas kemudian hiris kasar, ketepikan.
  4. Masukkan ketam dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga ketam berubah warna.
  5. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih, jika perlu tambah sedikit air.
  6. Masukkan nenas dan masak sekejap.
  7. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  8. Kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih.
  9. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  10. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...
  11. Selamat mencuba!!....


Oleh : Mat Gebu
Resepi Ketam Masak Nenas Best!!

Resepi Ketam Masak Nenas Best!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ketam Masak Nenas Best!!"

Post a Comment