Resepi Makaroni Keju Bakar (SbS) | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Makaroni Keju Bakar (SbS)

Resepi Makaroni Keju Bakar | Resepi Makaroni Keju Bakar atau nama omputeh dia Cheese Baked Macaroni memang sedap jika buat dan menjadi.. tak cukup 1 bekas wehh.... jom buat!!


Cara buat ada pada setiap gambar

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Sumber : ‎Nurul Nabahah Nasri‎




Bahan-bahannya:

✔️ Macaroni secukupnya 
(saya pakai 1/2 paket untuk 4 org makan)

✔️ Daging kisar 

✔️ Bawang besar 2 biji

✔️ Bawang putih 4ulas

✔️ Tomato 2 biji

✔️ Cendawan butang 5 biji

✔️ Gula melaka setengah buku

✔️ Mushroom soup 1 tin kecil

✔️ Tomato puri (saya guna prego) 1/2 botol

✔️ Keju cincang (mozarella dan parmesan)

✔️ Sedikit garam, gula dan perasa

✔️ Sedikit minyak untuk menumis



Cara:

1) Rebus macaroni sehingga masak

2) Reneh mushroom soup di dalam sauce pan sehingga masak

----------------------------------------

1) Tumis bawang putih sehingga naik bau harum

2) Masukkan daging cincang dan goreng sehingga daging masak

3) Masukkan bawang besar dan gaul rata dan biarkan seketika sehingga bawang layu

4) Masukkan tomato puri dan kacau sebati



5) masukkan tomato dan cendawan yang dipotong ke dalam kuali dan masak



6) masukkan macaroni ke dalam kuali dan kacau rata supaya semua sebati

Nota tambahan: untuk langkah ni, anda boleh juga skip iaitu tak perlu masukkan macaroni dulu, macaroni rebus boleh dimasukkan ke dalam bekas membakar tanpa digaul rata dalam kuali



7) Apabila semua bahan telah masak, masukkan separuh macaroni yang telah digaul bersama daging cincang dan bahan-bahan lain ke dalam bekas membakar, diikuti dengan mushroom soup yang telah direneh (separuh sahaja sebab kita buat 2 lapis) kemudian taburkan sedikit mozarella dan parmesan cheese



8) taburkan macaroni yang selebihnya ke dalam mangkuk membakar dan ulangi dengan mushroom soup dan tabur dengan mozarella dan parmesan cheese sehingga rata



9) Bakar pada suhu 180oC selama 30 minit

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Makaroni Keju Bakar (SbS)"

Post a Comment