Ada beberapa orang yang teringin nak makan sup tulang merah Singapura, jadi saya sharekan resepinya. Nak mai Singapura macam jauh sangat pulak. Nak berpassport dan bertambang bagai semata-mata nak makan sup tulang, baik kos tu tukarkan beli bahan-bahan. Gituhhh.
Rugi tak cuba sendiri tau.. kena cuba, semua pasti suka.... Aummm......
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Resepi & cara buat ada pada setiap gambar .
Tulang kambing untuk periuk sederhana macamni, muat untuk 3 kilo.
Basuh bersih2, letak air, kulit kayu manis, halia. Rebus dalam 2 jam
Bahan untuk menumis :
- perencah sup 10 sudu.
- serbuk cili 3 sudu.
- garam masala 2 sudu.
Blender halus:
1. 6 ulas bawang merah
2. Selabu bawang putih
3. Halia sebesar ibu jari
Taraaaaa.... sampai jadi macamni. Ketepikan dalam bekas plastik.
Sediakan rempah empat sekawan.
Sebab apa namanya empat sekawan, mungkin sebab terlampau akrab dalam mana-mana masakan yang perlu tumis. Hahah. Saja merapu.
Bila dah cukup 2 jam rebus, masukkan akar daun ketumbar untuk aroma mabeles.
Letak pewarna merah.
Masukkan satu tin tomato puri. Apa-apa jenama yang serasi dengan tekak hang.
Letak tomato puri, warna automatik jadi macamni.
Tuangkan 1 botol tomato sos untuk pekatkan kuah
Buangkan minyak yang dah keluar. Cedokkan sampai minyak tinggal tipis
Dalam periuk yang berasingan, tumis 4 sekawan dan serai sampai naik bau.
Masukkan bahan2 blender tadi, dan segenggam cili kering yang dikisar halus. Tumis naik bau sampai adik hang tak jadi tidoq petang. Muahahaha
Masukkan perencah sup, rempah masala dan serbuk cili.
Tumis sampai jadi macamni.
Sementara itu sendukkan air rebusan tulang tadi 3 senduk, dan letak dalam bahan tumis tadi.
Masukkan daun ketumbar dan tumis lagi sampai timbul minyak sikit2.
Masukkan semuanya dalam kuah sup tulang. Masa ni dah boleh perasakan garam dan serbuk perasa. Agak-agak dah cukup rasa. Rebus lagi 15-20 minit
Sup tulang merah Singapura dan roti perancis sedia dimakan. Dia punya sedap, sampai boleh lupa nak ajak laki makan sekali. Kah kah kah!
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
Sumber : FB Nurul Ezzah Zainudin
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Sup Tulang Merah Singapura!! (SbS)"
Post a Comment