Resepi Ayam Goreng Berempah!! (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ayam Goreng Berempah!! (SbS)

Resepi Ayam Goreng Berempah!!

Ayam goreng berempah sangat sedap untuk sarapan dengan nasi lemak. Jom cuba buat sendiri di rumah... Aummm......

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...




Resepi & cara buat ada pada setiap gambar




Bahan:

Daging ayam, potong medium size

1 sudu kecil serbuk jintan putih

1 sudu kecil serbuk jintan manis

1 sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu kecil serbuk cili

0,5 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu besar serbu kari

1 sudu besar tepung jagung

1,5 sudu kecil garam


Bahan kisar kasar:

4 ulas bawang putih

6 bawang merah

0,5 inchi lengkuas

0,5 inchi halia

4 serai

3 sudu besar air




 1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam mangkuk. Kisar menjadi pes. Ketepikan

2. Masukkan ayam, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, tepung jagung dan garam ke dalam mangkuk besar.




3. Tambahkan pes lalu perap ayam selama 1 jam.




4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam dalam minyak penuh dengan api sederhana hingga coklat keemasan.

5. Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng.

6. Ayam goreng berempah boleh dihidangkan semasa panas-panas



Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ayam Goreng Berempah!! (SbS)"

Post a Comment