Resepi Creamy Pasta Meatballs!! (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Creamy Pasta Meatballs!! (SbS)


Weekend ni kalau ada tetamu nak bertandang rumah atau kalau sendiri dah bosan ngadap nasi, luangkan masa sediakan Creamy Pasta Meatballs ni. Tak sampai sejam siap... Aummm...... 

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi Creamy Pasta Meatballs!!

Resepi & cara buat ada pada setiap gambar




Bahan-bahan:

1) Sebungkus meatball dipotong dua dan digoreng. Pilihlah jenama Marina @ Azmy. Jangan beli yang orang buat bakso.Takde feel nanti.

2) Semangkuk pasta direbus. Ni boleh gunakan apa2 jenis pasta. Spiral ke, Makaroni ke, Ribbon ke, Shell ke.

3) 1 tin besar Sup Campbell Creamy Mushroom

4) Beberapa keping Cheese. Nak pakai Mozarella pun boleh. Kita pakai apa yang ada je.

5) Beberapa biji bawang putih dihiris. Sebiji capsicum dipotong dadu dan juga 1 tin cendawan dipotong kecil.

6) 2 biji telur dipukul - takde dalam gambar




Tumis bawang putih, cendawan dengan capsicum dengan minyak zaiton. Minyak biasa pun boleh.




Masukkan sup Creamy Mushroom dengan 1 cawan air. Masukkan sedikt lada hitam dan serbuk perasa.




Masukkan pasta dan gaulkan. Lepas seminit tutup api.




Tuang dalam kaserol atau bekas tahan panas oven. Bekas aluminium foil pun boleh aje. Tuang juga telur yang telah dikocak.




Susun Meatball dan Letakkan Kepingan Cheese. Bakar dalam oven selama 25-30 minit. Api atas bawah. Suhu 250 darjah celcius.




Tara!!! Dah siap... Takyah kecah-kecah dapur tetamu nak datang. Sesuai dengan kita yang kadang-kadang malas nak kemas.

Hidangkan panas-panas bersama serbuk paprika atau cili sos atau tobasco. Confirm cik Abang dengan anak2-anak happy. Lagi-lagi kalau hidangkan pada tetamu 😘. Boleh makan 5-6 orang.



Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : FB Adorabella D Chanteq


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Creamy Pasta Meatballs!! (SbS)"

Post a Comment