Resepi Mee Goreng Mamamaicun!! (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Mee Goreng Mamamaicun!! (SbS)


Resepi mudah untuk makan malam ini.. :D..  Aummm...... 

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi Mee Goreng Mamamaicun!!

Resepi & cara buat ada pada setiap gambar




Bahan-bahannya:

Mee kuning 
(lupa bubuh gambo la pulak....masa ni mee ada dalam sink...tengah basuh...hahaha)

ikan bilis*

bawang merah*

bawang putih*

cili kering (bergantung kepada kepedasan)*

kicap lemak

sos cili

sos tomato

sos tiram

telur

udang

sotong

sawi

tauge




Method:

Mula-mula kisar semua bahan yang bertanda * 
(saya tak pernah sukat berapa biji bahan-bahan yang saya gunakan...ikut rasa hati masing2)

Kemudian panaskan minyak.




Masukkan bahan yang telah dikisarkan tadi.




Selepas dah naik minyak bahan tumis tadi masukkan kicap lemak, sos cili, sos tomato, sos tiram. JANGAN bubuh garam tau....sebab sos tu semua dah menyumbang rasa masin...mee kuning tu juga dah rasa masin.




Kacau lagi




Selepas tu masukkan udang, sotong, batang sawi & telur (untuk masak mee mamamai lebih suka masukkan udang & sotong berbanding ayam & daging).




Kacauuuu




Masukkan mee pula




Masukkan sawi.




Masa ni boleh adjust sama ada nak mee tu basah atau kering...kalau nak mee tu kering boleh biar lama sikit.




Tutup api & barulah masukkan tauge.




Tadaaaaaaaaaa....siap!!!! senangkan!!


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : FB Maisarawani Spahat


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Mee Goreng Mamamaicun!! (SbS)"

Post a Comment