Resepi Tempoyak Ikan Patin + Belimbing Buluh (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Tempoyak Ikan Patin + Belimbing Buluh (SbS)


Sebabkan hari ini Ana rajin dan ceria dan ohsem, meh nak share resepi Febret Mama kite. Hiks. :D..  Aummm...... 

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi Tempoyak Ikan Patin + Belimbing Buluh

Bahan-Bahan:

Bahan A

- Ikan Patin seekor (saiz sedehana)

- Tempoyak ( 2-3 sudu besar)

**Homemade by Tok Timah

- Bunga Kantan (1-2 kuntum)

- Belimbing Buluh (6 biji)

- Daun Kesum (1gengam) 

** Ada sesetengah tempat panggil Daun Chenohom, kami yang utaqa panggil macam tu, banjar pun same. Hiks

Bahan B

- Bawang Besar (2 biji)

- Cili Merah (1 biji)

- Cili Padi (15 biji)

** Ikut citarasa, kami suka pedas. Hoho


Cara-Cara:

1) Kisar semua Bahan B dengan sedikit air.

2) Masuk semua Bahan A dalam periuk dan gaulkan supaya mesra.

3) Masukkan Bahan B yang siap dikisar ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana

4) Tambahkan sedikit garam + gula + serbuk kunyit@kunyit hidup yang dikisar halus.

5) Biarkan selama 15-20minit dengan api yg kecil.

6) Siap! Sedia dimakan dengan riang, gembira dan ketawa.

** Santan tidak digunakan, untuk mengekalkan rasa keaslian tempoyak :)




Bahan bahan yang digunakan. Simple dan mudah didapati di pasar-pasar.




Ikan Patin. 

Kami beli ikan patin yang masih hidup di Pekan Rabu, Simpang Empat, Semanggol. Limau untuk mencuci dan buang hanyir ikan.




Bahan-bahan A dicampurkan semua ke dalam periuk.




Bahan B yang siap dikisar dimasukkan sekali kr dalam periuk.




Gaulkan sehingga mesra seia sekata sehati sejiwa. Hahah. Sesi ramah mesra gituu. Hihi




Masak dengan api yang sederhana selama 10-15 minit. Ikan patin tidak memerlukan masa yang lama untuk masak. Masuk sedikit garam+gula+kunyit ikut citarasa. Untuk masak yang sekata, tutup periuk tadi dan tunggu sehigga mendidih dan masak.



Tadaaa !! Akhirnya penantian itu membuahkan hasil. Haha. Makan dengan nasi panas panas dan sambal belacan + ulam ulaman, MasyaAllah..terdiam seketika. Hiks




Hati-hati jangan sampai menitis air liur. Hiks


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : FB Ana Leyana Azman


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Tempoyak Ikan Patin + Belimbing Buluh (SbS)"

Post a Comment