Ready Easy Kimchi!! (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Ready Easy Kimchi!! (SbS)


Cara Buat Kimchi | Main masak-masak dengan anak Dara.. hari tu sesaja tengok youtube.. terpandang pulak video orang buat kimchi.. tu yang teringin nak cuba buat.. sebab nampak kat tv macam sedap je org korea makan kimchi ni... tapi ntah la. tekak akak ni tak masuk la makanan-makanan korea mcm ni... hari tu masak dengan nasi goreng.. ok la.. ada rasa jugak.. nak makan saje-saje macam tu.. rasa adoi la.. macamana nak habiskan sebekas ni... :) Resepi ni saya ambil dari youtube.. Ajjumma Maangchi punya resepi... hihihi

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


 Cara Buat Kimchi

Bahan-bahan:

2 pcs kobis panjang - belah 4 - dan potong (rujuk gambar) 

1/2 cawan garam kasar 

1 biji lobak merah - belah 4 dah hiris halus memanjan

1 biji lobak putih - sederhana panjang - hiris halus memanjang 

1 ikat daun bawang

1 cawan serbuk lada 

3 sudu makan chili flakes

2 sudu makan sos ikan 


Bahan Pemekat / Kanji : 

3 sudu besar tepung beras

1 cawan air 

3 sudu besar gula


Cara Penyediaanya:

Satukan kesemua dan masak atas api hingga pekat.

dah siap ketepikan. biarkan sejuk.


Bahan Kisar:

1 labu bawang besar

Sebuku bawang putih 2" 



Resepi & cara buat ada pada setiap gambar di bawah




Sediakan kobis panjang. belah 4 memanjang terlebih dahulu.




Lepas tu potong la banyak mana nak potong. jangan potong halus sangat. nanti hancur pulak kobisnya.




Kobis yang telah di basuh.




1/2 garam kasar.




Garamkan kobis tadi sedikit demi sedikit sehingga kobis dan garam habis. lepas tu biarkan dalam 2 jam. sekali sekala kacau kobis dengan tangan supaya kobis di perasakan dengan rata.




Lobak putih, lobak dan daun bawang. hiris halus memanjang.




Satukan 1 cawan air, 3 sudu besar tepung beras dan 3 sudu besar gula.




Masak atas api perlahan sehingga pekat.




Dah siap.. sejukkan.




Bahan kisar.. bawang besar.. bawang putih dan sedikit halia. (halia tak letak pun tak pe) sebab tak guna udang geragau atau mana-mana seafood kan.. tapi saya suka halia.. jadi saya letak.




Dah siap kisar.. tuang dalam mangkuk besar.




Masukkan bahan pemekat. sepatutnya bahan kisar masuk kat bahan pemekat.. Tapi sama je jalannya..




Kemudian masukkan 1 cawan chilli powder. saya guna jenama babas.. nak guna jenama apa pun tak kisah.




Kemudian masukkan chilli flakes. lada kisar kasar macam ni tak pedas.. lepas tu ada biji lada tak hancur. tu sebab saya guna yang serbuk. letak sikit je.




Kacau/gaul sehingga sebati.




Kemudian masukkan pula 2 sudu sos ikan. kacau.




Masukkan bahan yang di hiris halus tadi.




Kacau sebati..




Sarung tangan tak de... guna plastik pun boleh la..




Kobis yang telah di perap lebih kurang 2 jam. basuh kobis 2 - 3 kali. toskan airnya..




Ambil kobis,.. masukkan dalam bowl kosong. kemudian ambil sedikit adunan lada. masukkan dan gaul. sedikit demi sedikit sehingga kesemuanya bergaul rata.




Buat sehingga habis..




Siap dah..




Masuk dalam bekas. tutup ketat-ketat. masuk dalam peti ais, nak makan amik sikit.. nak buat nasik goreng kimchi pon sedap...


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : FB Nina Mahdar


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Ready Easy Kimchi!! (SbS)"

Post a Comment