Resepi Lengkap Cakoi Lazat!! | Cakoi adalah snek kegemaran kaum Cina sejak turun temurun lagi. Hari ini saya share resipe cakoi dari Sichuan, China. Ini adalah cubaan saya yang pertama.. Rasa bersyukur sangat sangat kerana jadi jugak..
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
BAHAN - BAHANNYA:
.
200g tepung roti / High Protein (saya guna tepung gandum serbaguna)
1 sudu teh (4g) instant yeast
1/4 sudu teh baking soda
1/2 cawan susu suam / air suam
1 sudu teh condensed milk
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh minyak masak
CARA BUAT:
.
✿ Cairkan yeast dengan susu suam / air suam. Biarkan rehat selama 30 mins atau sehingga yeast berbuih.
✿ Sediakan mangkuk besar, masukkan tepung, baking soda, garam dan gula. Gaul sebati. Kemudian masukkan air yeast yang sudah berbuih secara perlahan lahan sambil gaulkan tepung . Dlm proses ni, dough semakin melekit. Habiskan air yeast tersebut. Bila dah berbentuk dough tutup dgn kain lembab selama 2 jam atau sehingga dough berkembang 2x ganda.
✿ Selepas dough dah berkembang, taruh sedikit tepung dan minyak di atas permukaan dough dan uli sebanyak 25 kali. Pastikan dough tidak melekat pada tangan. Tutup balik dgn kain lembab selama 20 mins.
✿ Sembuh tepung di permukaan meja / papan kerja sebelum dough letak dipermukaan meja. Roll dough tersebut dgn ketebalan 5-8cm dan potong segi empat bujur. Pastikan size yg sama.. Kemudian, lapiskan 2 keping dough. Letak lidi / chopstick di tengah dough dan tekan sampai ke tengah. Pusingkan dan buat perkara yg sama. Pastikan lapisan dough cukup melekat supaya semasa goreng, cakoi tidak bercerai.
✿ Pegang ke dua dua hujung dough dan tarik panjang perlahan lahan dan terus masuk ke dlm minyak yg panas. Tunggu sehingga cakoi timbul di permukaan minyak baru pusingkan cakoi tersebut dan goreng sehingga kekuningan.. Keluarkan dan tos.
Jom layan gambar di bawah
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
Pemilik resepi : Jes Tham
Group : GeNg SuKa mAsaK & MaKAn SEdAp (SuKmA)
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Lengkap Cakoi Lazat!! (SbS)"
Post a Comment