Resepi Spaghetti Carbonara Terbaik!! | Bismillah arini lunch Western.. anak teruna request nak makan spaghetti carbonara plak dah. Erm dah pndai dah la ni request nak makan itu ini. Ibu ikutkan je la... jomm sesiapa nak resepi tengok kat pic step by step yer. Hahaha ni spaghetti carbonara versi say ayer.. guna apa yang ada je la janji anak-anak maan pastu puji lak sedap pun ibu rsa kembang hidung dah. Hihihi
Ok ni dia bahan-bahan untuk buat spaghetti carbonara kita. Mesti la kena ada spaghetti kan.. susu full cream, chicken mushroom soup, slice mushrooms, sosej, cheese, brokoli, bawang putih, lada sulah dengan mix herbs.
Ok mula-mula didihkan air pastu masukkan sedikit minyak pastu celur spaghetti sampai lembut elok pastu toskan. Pastu rebus jap sosej dengan brokoli toskan.
Ok untuk kuah pulak panaskan sedikit minyak pastu tumis bawang putih sampai naik bau ok. Kalau ada minyak zaitun lagi sedap
Pastu masukkan lak sedikit susu..biarkan mendidih.
Pastu masukkan pula chicken mushroom soup kita.. masukkan sedikit air kacau-kacau sampai sebati & mendidih.
Pastu masukkan slice mushrooms..
Masukkan slice cheese.. jangan banyak sangat nanti muak pulak kan..
Pastu masukkan sosej & brokoli yang kita rebus tadi..
Masukkan lada sulah..
Masukkan mix herbs.. rasa kuah secukup rasa kalau pekat sangat tambah air sikit.. ikut selera masing-masing la yer.
Bila rasa dah ok tutup api pastu siap la.. senang sangat kan?
Pastu letak spaghetti dalam pinggan pastu tuang kuah atasnya. Nyum3 bon voyage!!
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Spaghetti Carbonara Terbaik!! (SbS)"
Post a Comment