Resepi Grilled Sandwich Lazat!! | Perhhh, tengok pun dah sedap terr.. memang terbaik ah owner resepi sandwich ni Puan Adnilsam Apat, thank you sebab tak kedekut ilmu yer. sama-sama berkongsi dan merasa. Aduii tak tahan betul tengok...
Bahan:
4 keping roti
2 slice cheese
kepingan daging
telur
tomato
sosej
mentega/majerin
tekapkan 1 keping roti dengan apa-apa aje sampai berlubang kat tengah
haaa camnii...
Panaskan pan dan cairkan majerin
letakkan roti yang berlubang tadi
Pecahkan telur cun kat tengah-tengah lubang okey
Tabur sikit black pepper
sambil tu, goreng dulu daging slice dan sosej yer
balikkan telur dan roti tadi. cantik kan
Panggang sikit 3 keping roti yang lain. tanpa minyak or mentega tau
bagi garing camtu
potong 2 daging slice yang dah digoreng tadi
Prapp!! camtuuu...
campur sekali dalam bekas sekali dengan sosej dan letakkan mayonis dan sos cili
gaulkan bagi rata
Susunan:
1. roti yang dipangang
2. cheese
3. salad
4. sosej dan kepingan daging yang digaul mesra tadi
5. tutup dengan roti yang kita goreng bersama telur
6. letak pulak sosej yang digaul
7. letakkan roti panggang
8. letakkan daging slice digaul
9. kepingan tomato
10. pastu letak 1 lagi cheese
11. last letak roti yang tinggal 1 tu...
Lepas tu kita panggang lagi sekali, bagi panas-panas, cairkan cheese tu..
buat camti tau.. hati-hati takut terburai..hihi
siap dah, nampak tak comey jer garing tu kan
potong dengan pisau tajam atau memang pisau khas macam dalam gambar, baru cantikk..
Tadaaaa!!!! Cantik jer kan.. Kaler dia cantik kan? menggoda!! aummm!!!
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Grilled Sandwich Lazat!! (SbS)"
Post a Comment