Resepi Nasi Daging Utara!! | Hye Assalamualaikum , hari ni saya masak Nasi Daging Utara. one of my fav gak ni.. hubby orang utara.. so kena la belajaq masak.. hihi, hari ni saya rajin nak tunjuk step by step cara saya masak nasi daging + ayaq asam tomato... P/s: saya izinkan semua share. saya halalkan dunia akhirat.. insya Allah..
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)
Sumber : Dila Harnida Mohammad Noordin
Ni daging 1/2 kg je.. potong besar-besar camni
Bahan-bahan untuk masak daging:
2s.bsr jintan putih
1 s.bsr lada hitam
halia 1inci
bawang besar 2 biji
bawang putih 2,3 ulas
tumbuk semua.. kalu malas, blend kan je..
Tumis bawang dan halia tadi sampai wangi
Dah wangi baru masuk daging biarkan sekejap, sampai keluar air daging
Letak air banyak sampai tenggelam, perasakan dengan garam, masak sampi daging empuk
Dah empuk, asing kan daging dengan sup tadi... jangan buang sup tu, sebab nak guna untuk masak nasi nanti..
Ok ni bahan-bahan untuk masak nasi:
bawang besar
bawang putih
halia
daun pandan
4 sekawan
3/4 cawan susu cair dan minyak sapi
saya xde so gantikan dengan butter pun boleh.. bahan ni untuk 3 pot beras
Sementara tu basuh beras dan rendam sekejap dalam 5-8 min jangan lama sangat nanti beras hancur pulak..
Sukatan untuk beras dan sup mesti sama tau, sebab beras dah kembang... kang lembik nasi xsedap..
Panaskan minyak dan butter
dalam 2,3 sudu... kena sebab butter pta tahap kepanasan x sama macam minyak... takut xdan bawang2 garing butter dah hangus
Tumis bebawang tadi sampai naik bau, jangan hangus, nanti nasi rasa pahit
Ok masuk daun pandan... ada orang suka boh daun pndan last sekali, tapi saya suka tumis sekali sebab bau dia yang wangi tu mengancam berbanding bila letak kemudian...
Masuk kan beras tadi, kacau-kacau kejap
Ok ni sup dari air rebusan daging tadi.. sama tau sukatan dengan beras tadi
Masukkan susu cair
Masukkan daging tadi, kemudian tutup api dan bolehlah pindahkan ke rice cooker
Ni bahan-bahan untuk ayaq asam tomato.. huhu, tengok sendiri lah eh.. boleh faham kan apa bahannya.. dah malas nak taip.. hahahaha
Potong dan boh semua dalam blender kecuali tomato dan bawang tapi ni saya letak gak tomato sebiji, garam, gula dan aji sikit
Dah blender sampai hancur letak air limau dalam 2 tutup botol tu, kalau xde pakai limau kasturi je..
Dah siap ayaq asam tomato kita.. rasa dulu apa yang kurang, kalu pedas sangat tambah gula sikit.. kalau kurang masam tambah lagi air limau.
**lupa, kalu nak lagi sedap tambah sesudu kerisik... yums..
Taraa..dah siap nasi kita...
Walllaaahhh.... dah boleh makan lah kalau cmni... hihi, so suma pun boleh cuba dan rasa.. sekian cara saya masak nasi daging utara + ayaq asam tomato...
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Nasi Daging Utara!! (SbS)"
Post a Comment