Resepi Unbake Cheese Leleh | Selamat pagi hehe.. bismillah.. jom mula kelas tutorial arini.. desert todays unbake cheese leleh.. pada yang tak ada oven dan tak ada pengukus.. 5 bahan anda boleh makan kek yang sedap nak buat jom cikedottt..
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : FB Azlina Ina
Bahan-bahan:
1 peket biskut deluxe craker sayur-sayuran mesti jenama ini dan perasa macam ni baru sedap
1cawan susu cair nak sedap guna susu kotak ( kalau nak pekat sikit kurangkan 1/2 cawan je )
1/2 cawan susu pekat (nak manis lebih boleh tambah)
1 tiub 250g tatura cheese
1/4 cawan whipping cream dairy (kalau tiada tak mengapa tapi kek kurang umph)
Sedikit esen vanila
Caranya:
Masuk bahan cecair dulu baru masuk yang lain dalam blender dan blender sebati senang kan haha
Ok susun biskut ina guna bekas kek sebab orang order senang nak bawak
Tuang adunan cheese tadi memenuhi permukaan biskut
Susun lagi dan tekan-tekan sikit
Tuang lapisan seterusnya.. ulang smpai berapa lapisan yang dikehendaki sejuk kan semalaman dalam peti ais
Esok nak makan baru amik milo atau horlick tapiskan sekitar permukaan kek tadi
Macam ni..
Hiaskan
Potong.. wah cheese leleh yang sedap dan senang hehe
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Unbake Cheese Leleh (SbS)"
Post a Comment