Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : FB Aisy Afiza
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
Ayam di basuh dengan bersih & di potong kecil....
Letak serbuk kunyit & garam...
Goreng ayam hingga masak.....
Dah siap goreng...toskan & ketepikan....
Bahan:
✔️ Daun Ketumbar/sup (terpulang nak guna mana satu)
✔️ 6 ulas Bawang putih
✔️ 1 biji Cili merah
✔️ 9 biji Cili padi (kalau nk pedas letak lebih)
✔️ ½ Kiub ayam
✔️ 2sb Sos ikan
✔️ Halia
Tumbuk kasar bawang putih, halia, cili padi
Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ayam tadi dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau..
Bila tumisan dah naik bau boleh la masukkan sos ikan....
* Tidak perlu letak garam sebab sos ikan dah masin.... ayam goreng pun dah masin... hehe
Masukkan air... terpulang kalau korang nak berkuah boleh letak air banyak....
Masukkan ayam yang telah di goreng & kiub ayam.. gaul sebati
Potong kasar daun ketumbar/sup & hiris nipis cili merah
Campakkan daun ketumbar/sup & cili merah
Taraaaaa dah pun siapp "Ayam goreng kunyit Siam"....
Boleh di hidang bersama nasi panas²....Omm nommmm nommmm
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Ayam Goreng Kunyit Siam (SbS)"
Post a Comment