Resepi Ayam Cendawan Masak Oyster | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ayam Cendawan Masak Oyster

Resepi Ayam Cendawan Masak Oyster | Resepi ini memang tersangat mudah. Rasa tak berat. Cikgu sangat suka. Nak lagi berselera makan ketika masih panas dan gigit cili api tu perlahan-lahan. Nikmat tak terkata.

Sebab sedap sangat, cikgu akan ulang lagi buat minggu ni. Selamat mencuba buat semua kawan yang suka dengan resepi cikgu.


Sumber resepi : Fb Afy AL Habibi


Jom tengok resepi step by step


Bahan perapan seketika:

- Sekeping dada ayam dihiris nipis lalu diperap bersama secubit dua garam bukit dan sedikit secubit lada sulah.

Panaskan pan. Masukkan sedikit minyak zaitun. 
Susun ayam atas pan. 

Biarkan kedua-dua bahagian sedikit kekuningan untuk menaikkan bau.




Ketepikan ayam.

Panaskan sedikit lagi minyak zaitun. Masukkan 3 ulas bawang putih yang dicincang dadu.

Juga 3 hiris nipis halia. Tumis sehingga kuning dan naik bau.




Kemudian masukkan sos oyster 2 sudu besar.




Tuangkan air campuran tepung jagung.

( 1/2 gelas air+secubit dua tepung jagung)
*tahap kepekatan bergantung kepada citarasa sendiri)

Guna api api perlahan. Masak sekali bersama ayam tadi.




Kemudian masukkan cendawan tiram yang dicarik nipis. Perasakan dengan garam bukit secukupnya.




Selepas cendawan mula layu dan isi ayam masak, masukkan 2 sudu besar telur yang dituang tinggi-tinggi. Kacau.

Terus tutup api.




Siap!
Sedia untuk dinikmati ketika panas.




Taburkan daun bawang dan cili padi untuk menaikkan warna dan rasa.

Hidangkan bersama pak choy rebus.
Ternyata sedap!

Selamat mencuba.


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ayam Cendawan Masak Oyster"

Post a Comment