Resepi Mudah Daging Goreng Kunyit | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Mudah Daging Goreng Kunyit

Resepi Mudah Daging Goreng Kunyit | Masak paling mudah inilah. Daging goreng kunyit. Mula - mula dulu anak saya tak suka akan daging. Mereka lebih gemar makan ayam dan ikan. Bila nampak saya masak daging dahulu terus tak nak makan. Takut katanya sebab sebelum ni tak pernah makan daging macam ni.

Resepi Mudah Daging Goreng Kunyit


Sekarang bila dah rasa terus tak cukup haha. Senang je nak masak daging goreng kunyit dengan segala bahan ni.





Sayur nya kita pilih sendiri. Paling penting daging tu tak perlu rebus. Potong kecil dan gaul dengan kunyit dan garam.

Goreng terus sampai masak. Letakkan segala bawang dan sayur. Sayur pula tak perlu banyak jenis. Cukup la 2 jenis seperti lobak dan kacang panjang. Jika nak tukar guna kobis bunga pun ok.

Paling selera bila makan dengan nasi baru masak. Memang bertambah la pinggan.

Beli 250 gram daging baru RM7 gitu. Sayur bagai semua cukuplah rm10 lebih dapat makan 4 5 orang ni. Mudahkan nak masak? Cubalah.

Jangan lupa share...
Selamat mencuba...
About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Mudah Daging Goreng Kunyit"

Post a Comment