Resepi Murtabak Mini Dengan Kulit Popia ~ Ringkas & Mudah | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Murtabak Mini Dengan Kulit Popia ~ Ringkas & Mudah

Resepi Murtabak Mini Dengan Kulit Popia ~ Ringkas & Mudah | Tadaaaa... Murtabak mini (kulit popia). Di sebabkan wall fb harini penuh dgn resepi murtabak kulit popia ini,maka x salah kalo sis mencuba, lagipon bahan memang sedia ada kat dapur. Memang sedap.... jom saya share resipi dan cara membuatnya.

Resepi Murtabak Mini Dengan Kulit Popia ~ Ringkas & Mudah


Sumber : Roshima Ibrahim Shima

Bahan-bahan:

Inti.

500 gram isi ayam / daging di cincang

5 biji kentang di potong dadu

3 sudu makan rempah kari

1 ulas bawang putih di hiris

1 biji bawang besar dihiris

2 biji bawang besar di potong dadu

Hirisan daun sup

Sedikit garam

Sedikit gula

Sedikit minyak masak utk menumis.





Cara memasak inti:

1. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.

2. Maaukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.

3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak. Jgn lebih nanti inti lembik.

4. Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula. (Jika nak letak ajinomoto jika suka pun boleh). Saya tak letak pun ajinomoto.

5. Masak hingga betul2 kering. Sejukkan dan sedia utk langkah menyediakan murtabak mini.


Seterusnya langkah menyediakan murtabak mini:

1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan2 inti ayam dan kentang yang dimasak tadi.

2. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.

3. Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan intin yang di campurkan dgn telur dan bawang tadi tu. Letak di tengah2 kulit popia intinya. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Terbalikkan bila di lipat dan masukkan dlm kuali. 

4. Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan popia. Kalau suka letak minyak banyak ok je.... saya tak suka minyak banyak. Jadi....ikut selera masing-masing ya.

5. Bakar sehingga masak. Balik2kan ia... bila dah siap bolehlah dihidangkan. Ulangi langkah membuat sehingga siap. Dah masak.... makan... memang sedap.





Jangan lupa share...
Selamat mencuba...

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Murtabak Mini Dengan Kulit Popia ~ Ringkas & Mudah"

Post a Comment