Resepi Lawa/Umai Ikan Tambang | Resepi Lawa atau Umai tidak asing lagi jika di belah borneo atau belah belah utara. Ia adalah perapan seketika isi ikan mentah jenis terlupang pada anda, bersama beberapa bahan yang simple lainnya. Sedap hingga menjilat jari. Jom kita cuba, kali ini guna ikan Tambang
Daripada tuan punya resepi:
Cheyah harini teringin nak makan lawa ikan tambang yang mertua selalu buat. Itu yang tereka resepi lawa sendiri versi campak-campak yang mana ada kat rumah ni. Jom tengok bahan-bahan dan cara paling senang.
Sumber : Bahiah Saripuddin
Bahan-bahan:
4 ekor ikan tambang
3 biji bawang merah dimayang
2 biji cili padi (mertua guna cili kering)
1 biji tomato potong dadu
6 biji limau kasturi
Sedikit garam dan gula
Cara penyediaannya:
1. Potong isi ikan macam dalam gambar yang cheyah bagi contoh. Buang segala tulang kasar. Tulang kecik takpe sekali ngap je. Hehe
2. Satukan semua bahan sekali dan kacau sehingga sebati. Ingat tau limau tapis jangan letak biji nanti pahit.
Gambar step by step
Jangan lupa share...
Selamat mencuba...
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Lawa/Umai Ikan Tambang"
Post a Comment