Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Fadzielah Ayub!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Fadzielah Ayub!!

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Fadzielah Ayub!! | Boleh pulak teringin nak makan ayam masak merah kenduri bulan puasa ni. Ada rahsia yang buatkan lauk ni memang sedap dan lain dari biasa. Cara masak pun mudah. Jom tengok resepi dekat bawah.


Sumber : Fadzielah Ayub



Bahan-bahan:

1/2-1 ekor ayam. Sy guna 1/2 ayam
Serbuk kunyit untuk goreng ayam
2 sudu besar cili kering yang di blend
*3 biji bawang besar atau lebih
*5 biji bawang putih atau lebih
*1-2 inci halia
*1 inci belacan
4-8 batang serai diketuk
Kicap secukup rasa
2 sudu besar gula atau secukup rasa (sy guna gula melaka)
2 sudu kecil garam halus atau secukup rasa

Cara-cara:
1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng separuh masak. Tak perlu garing nanti isi keras.

2. Blend bahan bertanda (*).

3. Gunakan minyak goreng ayam itu dan goreng serai sampai berwarna coklat atau naik bau.
4. Masukkan cili blend dan bahan (*) yang diblend. Masak sampai garing dan terbit minyak.

5. Masukkan gula, garam dan kicap secukup rasa.

6. Masukkan ayam. Kemudian gaul sehingga sebati dan ayam masak.

Fuhh.. Memang sedap kalau makan dengan nasi putih panas atau nasi minyak. Bau pun memang buat tak tahan dah nak makan.. Haha



Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng separuh masak



Ayam tak perlu garing. Nanti isi keras



Guna minyak goreng ayam tadi, goreng serai yang diketuk sehingga coklat atau naik bau



Masukkan cili dan bahan yang di blend tadi. Masak sehingga garing dan terbit minyak




Letak garam, gula dan kicap secukup rasa



Kemudian masukkan ayam



Goreng seketika dan tadaaaaaa dah masak! Bau tu memang buat tak sabar nak makan dengan nasi panas 😂


Video: 


Selamat mencuba..😍
Jangan lupa share..😘

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Fadzielah Ayub!!"

Post a Comment