Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Kawen!! | As'salammualaikum kesayangan hakak semua.. Salam 2 Ramadhan.. Menu akak dan anak-anak berbuka tadi, permintaan dari si kakak.. Ayam masak merah kenduri kahwin.. akak belajar dari mak akak.. dulu selalu buat tak jadi.. jadi macam ayam sambal.. Tapi sekarang alhamdulillah, semakin sedapp.. buat 2 ekor pun boleh licin. Pada yang nak mencuba, ni akak sharekan tutorial..
Sumber : Nor Haidah Md Said
Sekor ayam dalam anggaran 2kg
Ni bahan2 utk diblender.. kalau nak pedas tambah kuantiti cilinya... Ni akak buat memang tak pedas
Tomato dalam 4biji pn blender. Akak tak pandai pakai tomato puri.. jadi akak pakai tomato biji jee
Ni untuk tumisan. Daun pandan tu wajib ada. Kalau tak ada tak jadi ayam merah kenduri
Susu cair
Mula-mula goreng ayam dulu
Agak2 ayam tu masak je tak payah sampai garing sangat, nanti keras
Ok mula menumis. Guna minyak gorenga ayam tadi je. Minyak kena lebih ye.. Mula2 masukkan 3 sekawan
Kemudian serai
Seterusnya daun pandan.
Goreng hingga naik bau semerbak. Inilah rahsia ayam kenduri kahwin tu sedap dan wangi
Masukkan bawang hiris
Goreng sampai bawang kekuningan
Masukkan bawang hiris
Goreng sampai bawang kekuningan
Dah layu semua, masukkan bahan blender.
Tumis lada sekejap dalam 10 minit
Kemudian baru tuang tomato blender.
Teruskan menumis sampai betul2 cantik, garing dan pecah minyak
Dan gula dalam sesenduk
Warna tumisan mesti jadi cantik merah macam ni
Tuangkan susu cair dalam anggaran 2 senduk
Biar susu sebati dan prcah minyak sekali lagi
Kalau rasa nak tambah air boleh tambah sedikit
Last sekali masukkan ayam. Gaul sebati dan masak dalam 10 minit lagi
Siap... selamat mencuba in sha allah sedap ☺️☺️
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Kawen!!"
Post a Comment