Resepi Ayam Masak Kurma Yang Menyelerakan!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ayam Masak Kurma Yang Menyelerakan!!

Resepi Ayam Masak Kurma Yang Menyelerakan!! | Assalamualaikummmm... admin nak share cara buat resepi ayam masak kurma. Mudah dan cepat. Sedap dibuat untuk juadah sekeluarga. Jom try :)



Sumber : Puan Mariana Zainal


Bahan Resepi Ayam Masak Kurma:

1/ 2 ekor ayam dipotong 8
3-5 biji ubi kentang dibelah dua
2 biji tomato dipotong 4 jika mahu
3 cawan santan dr 1 biji kelapa parut atau 1 1/2 kotak santan pekat + 1 1/2 cawan air
10 tangkai cili padi ( pilihan )
2 senduk minyak masak
2 inci kulit kayu manis
3-4 biji bunga lawang
4  sudu makan bahan kisar daripada ( 1 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih,1 inci hali muda dikisar semua )


Bahan pes rempah kurma:

3 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh  garam
1/2 sudu teh bahan perasa
1 keping asam keping
3 tangkai daun kari (amik daun jer)
1/2 cawan air
Campurkan semua bahan di atas untuk jadiakan pes masakan kurma.


Cara masak Resepi Ayam Masak Kurma:

1: Panaskan minyak dan tumis hingga naik bau bunga lawang serta kayu manis.Baru masukkan bahan kisar dan tumis hingga mula pecah minyak. Baru masukkan campuran pes masakan kurma tadi.

2: Buka api sederhana kecil dan kacau pes hingga pecah minyak beberapa kali dalam anggaran 15-20 minit. Kacau sesekali untuk elak hangit. Baru masukkan ayam bersama kentang dan tutup periuk. Besarkan api pada tahap sederhana dan biarkan ayam empuk sekitar 30-35 minit.

3: Tambah santan tadi yang siap dicampur air dan biarkan mendidih.Sesuaikan rasa jika perlu.Baru tambah potongan tomato dan ciliu padi dan cili merah. Siap untuk disediakan.

Resepi ayam masak kurma ini sangat sesuai untuk dihidangkan bukan sahaja nasi putih tapi nasi minyak atau nasi tomato. Resepi ayam masak kurma yang dibuat melalui cara ini akan jadikan gulai sangat sedap. Isi ayam lembut mudah terurai daripada tulang dengan penuh jus rasa kurma. Selamat mencuba.

Selamat mencuba..😍
Jangan lupa share..😘

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ayam Masak Kurma Yang Menyelerakan!!"

Post a Comment