Resepi Air Kathira (1 Jug Air) | Bulan Puasa ni tak sah kalau takde air kathira bagi orang Johor kan.. Nah! saya siap-siap bagi resepi bagi yang nak mencuba.. air kathira ni memang popular bagi orang Negeri Johor.. nape nama kathira? sebab air kathira ni bahan-bahan terdiri dari biji kathira.. dan terdiri dari bahan-bahan yang lain juga.. rasa dia memang betul betul padu! lemak-lemak manis gitu.. memang sedap percayalah! silap silap 1 jug pun tak cukup tau..
Sumber : Fb Tahrunnisah Jali
Bahan-bahan:
1 sudu besar biji kathira/getah anggur rendam 4-8 jam
2 sudu besar biji selasih rendam sampai kembang
1 tin susu cair
cendol
cincau
5 biji kurma hiris halus
4 biji buah kembang semangkuk rendam 4 jam sehingga kembang
10 biji buah kundur
3 sudu besar barli rebus sampai lembut
kismis
sedikit garam untuk berikan rasa lemak
gajus dikisar halus (saya tak isi)
kacang tanah goreng (jika suka)
1 cawan air soda
sirap pandan
(2 senduk gula + air 1 cawan + 10 biji gula batu +pandan simpul +pewarna/perisa pandan5 titis)- rebus
Caranya:
Campur semua bahan-bahan dalam jug air.. kacau sebati dan isikan ais ... sedia untuk diminum
**biji kathira boleh dibeli di kedai rempah india atau dipasaraya pun pernah nampak diorang jual
Boleh juga ada lihat resepi bergambar di bawah:
Bahan-bahan untuk air kathira
Inila dia biji kathira@getah anggur.. ia berasal dari pakistan.. tanya orang yang jual ni memang orang india dan pakistan guna ni untuk buat minum atau makan.. lain tau dengan gum arabic tu.. bila dah direndam bertukar jadi putih jernih
Buah kembang semangkuk.. rendam beberapa jam nanti dia kembang
Bahan-bahan lain untuk diisi dalam air kathira
Ada cendol, barli, kurma dan cincau..
Biji selasih, sirap pandan, susu cair
Lagi sedap bila tambah dengan air soda tapi tak perlu banyak.. tapi ada juga yang tak letak, terpulang
Campur semua, kacau seihingga sebati.. masukkan ais, siap.. korang boleh la add on cincau dengan cendol lagi sedap gitu.
Selamat mencuba...
Jangan lupa share...
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Air Kathira (1 Jug Air)"
Post a Comment