20 Koleksi Resepi Sambal/Pencicah Meletop!! | Resepi Tutorial Terbaek

20 Koleksi Resepi Sambal/Pencicah Meletop!!

20 Koleksi Resepi Sambal Meletop!! | Assalamualaikummmm... admin nak share koleksi sambal yang menjadi pencicah wajib yang mesti ada semasa makan dengan kuah tertentu, kadang kala jika tiada, terasa tidak lengkap makan nasi kan.. hehe. Koleksi ni admin ambil daripada fb rasmi blog ini [ Resepi Tutorial Terbaek]Jom lihat resepi-resepi sambal pencicah terbaik di bawah:



1. SAMBAL BELACAN GORENG
.
Bahan:
.
10-15 biji cili padi ikut kesesuaian, jika mahu lebih pedas boleh tambah
2-3 inci belacan
2-3 biji bawang merah
1 biji tomato
Garam gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng
.
Cara:
.
Bawang dipotong atau belah 4 atau 6
tomato dibelah 4 atau 6
Goreng semua bahan kecuali garam dan gula
Goreng sampai layu, tapi jangan garing
Setelah itu baru semua bahan ditumbuk..memang lembut dan senang untuk menumbuk..
Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa.




2. SAMBAL BELACAN LIMAU KASTURI
.
Bahan2:
.
4 tangkai cili merah
9 tangkai cili padi
1 sudu besar belacan melaka - dibakar hingga wangi
Garam dan gula secukupnya
7 biji Limau Kasturi
.
Cara2:
.
-Masukkan kesemua bahan, kecuali limau kasturi kedalam lesung
-Tumbuk sampai 90% lumat
-Perahkan dengan jus limau kasturi kemudian hiris sedikit kulit limau kasturi nipis-nipis dan gaul dengan sambal..
-Kaut sambal dari lesung,masukkan kedalam bekas yg sesuai..
- Hidangkan bersama ulam2 yang anda suka..




3. SAMBAL CENCALOK
.
Bahan:
.
1/2 botol cencalok
7 ulas bawang merah ~ di hiris
10 tangkai cili padi hijau ~ di hiris
10 tangkai cili padi hijau ~ di hiris
5 biji limau kasturi ~ perah jusnya dan hiris kulitnya nipis-nipis
sedikit nenas ~ di cincang halus
1 biji limau nipis ~ ambil jusnya
.
Cara:
.
Satukan semua bahan dan gaul rata
Perahan limau nipis dapat menghilangkan bau hamis cencalok




4. SAMBAL GESEK
.
Bahan:
.
20 biji cili api
1 labu bawang besar ~ potong kecik supaya senang nak tumbuk
2 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis ~ basuh dan toskan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/4 cawan minyak
.
Cara:
.
1. Tumbuk cili padi, gula dan garam hingga lumat
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumbuk hingga separuh hancur. Ketepi kan
3. Tumbuk kasar ikan bilis
4. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga separuh garing, masukkan cili padi dan bawang yang telah di tumbuk tadi
5. Goreng dengan api yang perlahan sehingga sambal gesek menjadi garing.




5. SAMBAL KICAP CILI POTONG
.
Bahan:
.
Cili padi dipotong
Bawang merah dimayang
Kicap manis
Asam limau kasturi @ limau nipis
.
Cara:
.
Campurkan kicap dgn bahan2
Perahkn asam limau.




6. SAMBAL TEMPOYAK MASAK
.
Bahan:
.
2 batang serai, dititik
1/2 cawan air
3 camca besar tempoyak
Garam secukup rasa
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji bawang besar*
15 - 20 biji cili padi*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
(*ditumbuk kasar2)
Sedikit minyak masak
.
Cara:
.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk kasar hingga harum, masukkan serai dan tempoyak dan kacau rata. Tuang air dan tambah sedikit garam.
Masak dengan api perlahan selama 2 - 3 minit atau hingga pekat. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.




7. SAMBAL BELACAN KULIT LIMAU
.
Blend kering cili padi, cili merah, sedikit gula, garam & belacan yg telah dibakar
Perahkn asam limau nipis @ kasturi
Potongkn kulit limau kasturi, campurkn dalam sambal belacan.




8. SAMBAL AIR ASAM BUDU
.
Bahan:
.
20 biji cili padi merah siam
2 biji bawang merah
1 inci belacan
Gula secukup rasa
1/3 cawan jus asam jawa
4 - 5 biji limau kasturi, ambik jusnya
1/2 cawan "BUDU"...
Hirisan bawang besar, untuk hiasan
.
Cara:
.
Tumbuk cili padi, bawang merah, belacan hingga hancur dan lumat.
Tuang budu, jus asam jawa dan jus limau kasturi.
Tambah gula sebagai pengimbang rasa.





9. AIR ASAM LADA PICIT
.
Bahan:
.
Cili padi
Sedikit belacan yg telah dibakar
Sedikit Asam jawa
Gula
Garam
Sedikit Air masak
.
Cara:
.
Masukkan semua bahan dlm mangkuk.
Masukkan sedikit air masak.
Picit dan pecahkn cili dan bahan2 dgn ujung jari.




10. SAMBAL BELACAN CUKA
.
Bahan:
.
10 biji cili padi
2 biji cili merah
1 sudu besar perahan air asam jawa
2 cm belacan bakar
1 sudu kecil cuka -supaya sambal belacan tahan lama
garam
gula
.
Cara:
.
Satukan semua bahan dan tumbuk lumat
Boleh gantikan cuka dengan perahan air asam atau air asam jawa serta dibancuh cair untuk jadikan air asam.




11. SAMBAL GORENG TEMPOYAK IKAN BILIS
.
Bahan:
.
1-2 genggam ikan bilis
3 biji cili merah
1-2 genggam cili padi
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (dimayang)
3-5 sudu besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
.
Cara-cara:
.
Basuh ikan bilis dan toskan. Goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
Tumbuk bawang merah, bawang putih bersama cili merah dan cili padi.

Panaskan sedikit minyak bekas menggoreng ikan bilis tadi. Tumis bahan tumbuk hingga betul-betul garing. Masukkan bawang besar yang dimayang. Goreng hingga layu sambil mengacau sambal agar tidak hangit.

Masukkan tempoyak dan gaul rata. Rasakan garam dan gulanya. Bila telah sebati matikan api dapur.
Tunggu hingga sambal suam atau sejuk baru masukkan ikan bilis dan gaul rata.

Tujuan masukkan ikan bilis apabila sambal telah sejuk ialah untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis di dalam sambal. Kalau digaul semasa sambal masih panas, ikan bilis akan lemau.




12. SAMBAL IKAN BILIS PETAI TEMPOYAK
.
Bahan:
.
3 1/2 sudu tempoyak
4 papan isi petai
bahan tumbuk:- 2 ulang bawang merah, 2 ulas bawang putih, 5-8 cili padi merah2 (nak pedas boleh tambah cili) dan sedikit garam.
1 labu bawang besar potong bulat2
segenggam ikan bilis
sehelai daun kunyit muda diracik halus – untuk mengharumkan sambal.
secubit @ hujung sudu kecik serbuk kunyit sebagai pewarna
5 sudu minyak masak utk menumis
.
Cara:
.
Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
masukkan tempoyak, ikan bilis, petai dan sedikit air tunggu sehingga petai layu/masak.
masukkan bawang besar, daun kunyit, serbuk kunyit. Tunggu sehingga daun kunyit layu, sedia diangkat.




13. SAMBAL HIJAU
.
Bahan:
.
250 gram cili hijau besar
50 gram cili padi hijau
4 ulas bawang merah
minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih
2 biji tomato hijau
½ sdt air perahan limau nipis
Gula pasir secukupnya
Garam secukupnya
.
Cara:
.
Potong kasar cili hijau dan cili padi hijau.
Kukus bawang merah, tomato, dan bawang putih selama 5 minit. Angkat.
Jika sudah layu, tumbuk kasar semua bahan.
Panaskan minyak, kemudian tumis semua bahan hingga layu dan harum.
Tambahkan gula, garam, air limau nipis, kacau sehingga masak.




14. SAMBAL HITAM PAHANG
.
Bahan untuk Asam Belimbing Buluh:
- Belimbing buluh (ikut banyak mana yang anda mahu)
- Garam (agak-agak sahaja)
.
Cara:
.
Cuci buah belimbing buluh sebersihnya
Masukkan ke dalam kuali (jangan gunakan kuali yang baru atau cantik kalau anda tak mahu ia nya rosak sebab buah belimbing mengandungi asid yang boleh menghakis kuali anda. Seeloknya guna kuali yang sudah buruk atau lama)
Tak perlu isi air sebab buah belimbing itu akan keluarkan airnya sendiri
Masukkan garam (terpulang pada anda)
Masak sehingga buah belimbing tadi betul-betul kering atau kecut dan bertukar menjadi warna kehitaman (bukan hangus)

*Asam ini bolehlah di simpan di dalam bekas dan boleh digunakan untuk tempoh yang sangat lama.


Bahan untuk sambal:

10biji cili padi (kalau suka pedas,boleh tambah lagi)
Segenggam ikan bilis
Beberapa ulas bawang besar
Sesudu Asam belimbing buluh (bahan utama dan wajib ada)
Minyak
Garam secukup rasa
sedikit kunyit (tak isi pun tak mengapa)

Cara:

Basuh dahulu semua bahan sebersihnya
Rendam ikan bilis dalam air seketika (3-5minit)
Tumbuk cili padi,bawang besar dan ikan bilis hingga separa lumat
Kemudian masukkan asam belimbing dan tumbuk lagi hingga bahan-bahan tersebut sebati
Panaskan minyak dan masukkan sedikit kunyit.
Masukkan bahan yang di tumbuk tadi ke dalam kuali
Tumis hingga garing
Masukkan garam secukup rasa




15. SAMBAL KUININ
.
Bahan:
.
Cili padi
Lada merah besar
Sedikit belacan yg sudah dibakar
Garam
Buah kuinin masak
Sedikit gula
.
Cara:
.
Tumbuk cili padi, lada merah besar
campurkn belacan, garam n gula,
Kemudian bila cili sudah hancur masukkan buah kuinin masak




16. SAMBAL IKAN BILIS HIJAU
.
Bahan:
.
100 gram cili hijau
Sedikit cili padi
1 ulas bawang besar
100 gram terung pipit/petai
Sedikit belacan
1 biji tomato – dipotong dadu ( optional)
Ikan bilis
.
Cara:
.
Goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan.
Cili hijau, cili padi dan belacan dikisar. Kemudian tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.
Masukkan terung pipit atau petai, bawang besar, potongan tomato dan ikan bilis. Tumis semua bahan tadi dan taburkan sedikit garam.
Angkat dan hidang.




17. SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
.
Bahan:
.
1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering – dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia – opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam
.
Cara:
.
Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.

Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.

Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.




18. SAMBAL KICAP
.
Bahan:
.
Cili padi 5-10 tangkai [mengikut kepedasan yang diinginkan]
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
1 sudu gula merah
Garam secukup rasa
Perasa [Ajinomoto, kalau suka]
Sedikit jus limau
.
Cara:
.
Goreng terlebih dahulu cilipadi bersama bawang putih tersebut sehingga kulit cilipadi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, so bila tumbuk nanti cepat hancur dan sebati.
Tumbuk cilipadi, bawang putih tadi bersama gula pasir dan gula merah,garam dan perasa, dah siap tumbuk bolehlah tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau.




19. SAMBAL LEJEN
.
Bahan:
.
Cili besar@merah
Cili padi@hijau
Air asam jawa(adabi punya xnk)
Air limau nipis@kasturi(dlm botol punya xnk ye)
Bwg besar 1 bj
Bwg putih selabu
Belacan
Gula dan sedikit garam
.
Cara buat:
.
*blender cili belacan n bwg smua,pastu masukan air asam jawa n air limau,gula n garam.seimbangkn rasa pedas masam n manis.nama pun sambal belacan,so jgn kedekut belacan ye

Saya slalu buat byk psl saya meniaga.saya buat 1@2 blender pastu saya simpan dlm peti ais.utk nasi goreng kampung pun saya pkai sambal belacan ni.mmg sesesesedappp...




20. SAMBAL TUMIS BILIS
.
Bahan-Bahan
4 biji bawang merah
3 biji cili merah
1 inci belacan
3 ulas bawang putih
garam dan gula secubit
perhan jus limau kasturi
setengah genggam ikan bilis
2 sudu minyak
10 biji cili padi

Cara Membuat Sambal Belacan:

#1: belah cili padi menjadi 2 bahagian agar saat digoreng tidak meletup dan potong bawang

#2: panaskan minyak dalam kuali dan masukan ikan bilis, cili padi, dan bawang dan goreng selama 5 minit atau hingga layu je.

#3: angkat dan masukan dalam lesung. tambahkan dengan limau kasturi yang telah dipotong-potong, sedikit gula dan garam. selepas tu tumbuk semua bahan tadi di dalam lensung.

#4: Terakhir sekali, hidangkan sebagai pencicah ngan ulam-ulaman atau ngan ikan masin dan sayur bening.

itu je resepi nasi kukus ayam goreng berempah dan kuah yang saya nak bagi. saya harap boleh berguna untuk anda yang sedang mencari idea memasak hari ini, terima kasih.


Semoga bermanfaat dengan pengkongsian ini yer..

Selamat mencuba..😍


Jangan lupa share..😘
About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "20 Koleksi Resepi Sambal/Pencicah Meletop!!"

Post a Comment