Resepi Puding Karamel Ubi Kentang | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Puding Karamel Ubi Kentang

Resepi Puding Karamel Ubi Kentang | Kalau tak makan dessert/manisan masa berbuka tak sah plak ye. Ika pun penggemar manisan, tapi 5 hari Ramadhan ni semalam baru buat kes nak makan, biasa layan kurma je dah cukup.

Kalau tahun sebelum lagi teruk manisan punya penangan, buah tanjung, tahi itik, jala emas wajib ada setiap hari.

Ni Ika share resepi manisan paling sempoi, 20minit dah siap, bahan pun mudah aje.

Bahannya:
3biji ubi kentang saiz sederhana
5-6 biji telur ayam, kalau ada telur itik boleh tambah sebiji untuk telur itik.
2keping gula melaka/gula kabung/
Secubit garam
6-7 biji bunga cengkih



Sumber resepi : Fb Atikah Mat


Cara buat refer gambar, mudah je. Confirm sedap



Potong ubi kentang saiz jejari.




Rebus hingga masak atau lembut ubi kentang tu.




Angkat dan toskan.




Masak gula melaka/kabung dengan sedikit air dan secubit garam. Bila dah cair atau air gula melaka sedikit pekat, perlahankan api, gunakan api kecil.




Masukkan ubi kentang yang ditoskan tadi kedalam air gula melaka yang mendidih, kacau rata.




Telur ayam dan bunga cengkih dikacau sedikit supaya sebati dan sedikit berbuih.




Masukan telur yang dibancuh tadi kedalam campuran ubi kentang dan air gula melaka, pastikan telur tu sekata atas semua ubi kentang.




Tutup periuk, dan biarkan selama 15minit. Pastikan guna api kecil.




Tadaaa.. Siap sudah puding karamel ubi kentang versi kampung resepi turun temurun dari mak saudara. Kegemaran Ika nih.. Nyums nyums, anak pun suka time buat ni kes makan ubi kentang tu sedap. Cuba buat tau, konpem tak nyesal, sedap sangat aihh.




Rupa puding karamel kampung version tak payah kukus bagai. Guna dapur gas je cukup,


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Puding Karamel Ubi Kentang"

Post a Comment