Resepi Kek Coklat Moist Versi Bakar!! | Assalamualaikummmm... admin nak share cara buat resepi kek coklat moist versi tebakor. Hehe.. Mudah dan cepat. Jika tiru resepi ni insyaAllah menjadi. Jom lihat resepi di bawah:
Sumber : Hajjah Ana Samad via mahn
BAHAN:
2cawan tepung gandum
1cawan minyak masak
1cawan susu pekat
1 cawan air panas
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula
1sdk ovalet
1sdk esen vanila
1sdk soda bicarbonate
1sdk baking powder
2biji telur
CARA-CARANYA:
Mix/Blendkan telur ovalet esen vanila bersama gula hingga kembang
Masukan pula susu, mix lagi
Masukan pula minyak, mix sebati..
Ayakkan tepung bersama serbuk koko
Baking powder soda bicarbonate baru dicampurkan dengan bahan mix tadi bersama air panas sedikit-sedikit hingga habis
Kacau bagi rata dan sebati masukan dalam loyang/acuan yang disapu minyak dulu bakar dengan suhu 160' selama 1 jam atau hingga kek masak
Bergantung pada oven masing-masing
(oven panaskan dulu)
TOPING COKLAT:
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
2sdm minyak masak
sedikit susu cair/air
Kacau semua bahan diatas api kecil hingga likat dan berkilat tuangkan keatas kek tadi perlahan lahan dan hiaskan ikut kreativiti masing-masing..
Selamat mencuba..😍
Jangan lupa share..😘
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
Terima kasih kapan-kapan saya coba
ReplyDeleteKek kegilaan ramai. Thanks for sharing. Favourite anak-anak������. Halalkan ilmu ya
ReplyDelete