Resepi Nasi Goreng Ala Thai!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Nasi Goreng Ala Thai!!


Resepi nasi goreng thai ni akak ambik di laman web Mesra.net yang cukup untuk 2 orang makan..kat umah akak kenalah di gandakan resepi ni..ala maklumlah ada anak lelaki kat umah pastu akak ada tambah bawang besar, bawang putih, serbuk lada hitam dan sos ikan.

Bahan-bahannya:


  • 1 3/4 mangkuk nasi sejuk (lebih bagus kalau guna lebihan buat nasi ayam)
  • 2 biji telor
  • 1/2 biji bawang besar (dadu)
  • 3 biji bawang putih (ketuk)
  • 2 sudu teh sayur campur/lobak yg dihiris halus memanjang
  • 2 sudu teh cili boh (lebihkan jika nak pedas)
  • 2 sudu teh pes tomyam kesukaan (lebihkan jika mahu lebih berperisa)
  • 3 tangkai cili padi - dihiris halus (akak ketuk)
  • 1 helai daun limau purut - dihiris halus-halus ( lebihkan)
  • 3 sudu teh kicap manis
  • 1 sudu teh sos ikan (akak tambah)
  • 1 sudu teh serai yang dihiris halus
  • 1 sudu teh lengkuas yang dicincang halus
  • 3 - 4 ekor udang besar (seperti udang harimau) - dicelur dulu
  • Hirisan isi ayam yang telah direbus atau digoreng terlebih dahulu (akak masukkan sekali)
  • Kepingan limau nipis, bawang goreng dan hirisan daun sup untuk hiasan (letak daun ketumbar dan daun bawang)
  • Minyak untuk menumis
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit garam (jika perlu)


Cara penyediaanya:-


  1. Pijarkan sesudu makan minyak di dalam kuali dengan api sederhana, pecahkan telor dan gorenglah seperti scrambled egg hingga masak.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih, sayur campur/lobak, udang, hirisan ayam, daun limau purut, lengkuas dan serai, kacau rata sekejap.
  3. Masukkan cili boh, pes tomyam, cili padi dan kicap manis.
  4. Masukkan nasi dan gorenglah hingga sebati sampai naik bau harumnya dan nasi nampak berasap (tanda dah masak elok) dan taburkan serbuk lada sulah.
  5. Hidangkan dengan bahan hiasan


Cadangan Hidangan:


  1. Taburkan hirisan ayam, daun sup dan bawang goreng di atas nasi bersama kepingan limau nipis. (terlupalah pulak nak letak masa ambik gambo)
  2. Perahkan limau semasa nak makan. Sedap makan panas-panas... POWER!!
  3. Selamat mencuba!!


Oleh : kakinkl
Resepi Nasi Goreng Ala Thai!!

Resepi Nasi Goreng Ala Thai!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Nasi Goreng Ala Thai!!"

Post a Comment