Resepi Lasagna Daging Lazat!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Lasagna Daging Lazat!!


Mula-mula kita sediakan kuah daging dulu

KUAH DAGING



  • 300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa
  • 1 botol prego ~ botol kecil
  • 2-3 batang celery
  • cendawan butang ~ dihiris
  • 2 biji tomato ~ didadu
  • 1 biji lobak merah ~ dadu
  • 1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas
  • 2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
  • 2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 3 cawan air
  • 1/2 Capsicum merah ~ dihiris
  • 1/2 Capsicum hijau ~ dihiris
  • 1 kiub daging ~ ita tambah
  • Sedikit lada hitam ~ ita tambah


Cara penyediaanya:



  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. Ita tambahkan kiub daging
  4. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
  5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu.
  7. Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  8. Setelah kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan cheese sauce

CHEESE SAUCE



  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu.
  • Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
  • 1-2 cawan susu segar
  • Sedikit garam


Cara penyediaanya:



  1. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  2. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
  3. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit.
  4. Kemudian padamkan api.


BAHAN HIASAN



  • 1 kotak instant Lasagna ~ bergantung pada besar bekas caserole
  • Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas
  • Serbuk Parmesan Cheese ~ ita tambah jika suka
  • Sedikit lada hitam di tumbuk kasar ~ ita tambah jika suka
  • 1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas

Cara penyediaanya:



  1. Panaskan oven pada suhu 180 C
  2. Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium
  3. Oleskan bekas dengan butter

Cara susun:



  1. Lasagna tak perlu di masak ye!
  2. Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas
  3. Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu
  4. Tuangkan sedikit cheese sauce tadi
  5. Taburkan daun bawang
  6. Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas
  7. Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna
  8. Tuangkan baki Cheese Sause
  9. Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi
  10. Taburkan hirisan Chedar Cheese dan Parmesan Cheese
  11. Akhir sekali taburkan lada hitam jika suka
  12. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak
  13. Untuk memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila di cucuk dgn lidi.
  14. Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar
  15. Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong.
  16. Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.

Tips tambahan dari tuan empunya resepi


Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat

Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan base dia tomato. Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree dan bolognaise herbs, tapi sebab tujuan asal masakan ni untuk nak cepat dan memudahkan, saya cadangkan sos prego. Janji sodapppp

Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce. Curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye!

Selamat mencubaaa!!

By : Nihadriz
Rujukan : My Resepi
Oleh : Azlita
Resepi Lasagna Daging Lazat!!

Resepi Lasagna Daging Lazat!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Lasagna Daging Lazat!!"

Post a Comment