Resepi Daging Kicap Pedas Lazat!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Daging Kicap Pedas Lazat!!


Bahan-bahannya:


  • 400 gm daging batang pinang - dihiris nipis, dibersihkan.
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat gelang
  • 1 biji cili hijau - belah 4
  • 1 biji cili merah - belah 4
  • 1 1/2 - 2 sb. gula
  • 1/3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis


Bahan Tumbuk dan Tumis:


  • 2 sb cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 sk jintan manis - ditumbuk
  • 1/2 sk jintan putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih


Cara penyediaanya:-


  1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai.
  2. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit.
  3. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
  4. Tambahkan kicap dan gaul rata...Masukkan sedikit air dulu..Biar daging mesra dengan kicap.
  5. Masukkan pula asam gelugur dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi.
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau...Kacau layu sekejap dan angkat.
  8. Hidangkan dengan nasi panas2... Selamat mencuba!!


Oleh : Ummi
Resepi Daging Kicap Pedas Lazat!!

Resepi Daging Kicap Pedas Lazat!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Daging Kicap Pedas Lazat!!"

Post a Comment