Resepi Ayam Masala Lazat!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ayam Masala Lazat!!


Inilah lauk Ayam Masala yang dimasak untuk dimakan bersama Nasi Tomato. Tetapi lauk ini boleh dimakan dengan apa-apa nasi, dan ianya sedap sangat sampai terasa nak buat hari hari.. huhu.. Jom masuk dapur dan cuba... Jommm....

Bahan A:


1/2 ekor ayam - basuh bersih dan dipotong kecil
2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu teh jintan manis
ayam digaul bersama serbuk kari dan jintan manis dan di perap selama 1 jam

Bahan B:


2 biji kentang dibelah 4
2 biji tomato dibelah 4
1 pokok daun ketumbar - dihiris halus2
2 cawan santan
1 cawan air
3 sudu makan minyak utk menumis
garam secukup rasa
2 kiub pati ayan - ita tambah


Bahan C:


4 biji buah keras
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inc halia
2 inc kulit kayu manis

Cara Penyediaannya:


Panaskan minyak dan tumis bahan C hingga garing dan naik baunyer.
Masukkan ayam dan daun ketumbar. Gaul rata dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan air, kentang tomato dan kiub ayam dan masak hingga daging dan kentang empuk.
Masukkan santan dan garam. Biarkan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!!

Sumber : Azlita
Resepi Ayam Masala Lazat!!

Resepi Ayam Masala Lazat!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ayam Masala Lazat!!"

Post a Comment