Resepi Masak 3 Rasa Terbaek!! (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Masak 3 Rasa Terbaek!! (SbS)

Resepi Masak 3 Rasa Terbaek!! | Resepi by cik miya simple tapi sedap sangat2..Bahan dan cara cik miya dah sertakan by step by step kat bawah ..Semudah A,B,C :D
resepi ini telah diambil dari fb owner asal Miya RusLee

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : FB Miya Aira



Bahan-bahan:

1. Sebijik bawang holland
2.Cili padi (Kuantiti ikut citarasa korang la yek) nak pedas taruk lebih k😬
3. 5 ulas bawang putih
4. Halia
5. 4 batang serai
6. 3 atau 4 helai Daun limau purut

P/s: Nak buh hirisan bunga kantan pun boleh



Bahan yang telah disiap dipotong di hiris



Sos tiram dan sos cili



Cara-cara:

1. Panas kan minyak.Tumis bawang holland,bawang putih dan halia sehingga naik bau



2. Masuk kan cili padi,serai dan daun limau purut



3. Kacau seketika



4. Masuk kan cili giling atau cili kisar atau cili boh pun boleh,, Mana-mana pun tak apa 



5. Tumis hingga pecah minyak



6. Masuk kan sos cili dan sos tiram



7. Masuk kan air mengikut citarasa korang nak kuah lebih boleh lebihkan air. Masak sehingga mendidih. Masuk kan air perahan limau satu atau dua sudu besar,sedikit gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Ok dah siap...

P/s: Garam masuk kan sedikit je ya sebab sos tiram dah cukup masin



Ikan yang siap digoreng garing yang telah dilumur garam dan kunyit. 

P/s: Nak guna ikan apa boleh Ikut citarasa korang ye.. Tapi ikan siakap the best.



Akhir sekali ... Tuang sos yang telah dimasak tadi ke atas ikan..Tadaaaa dah siap..
Makan panas-panas bersama nasi.. Sedap! nasi pun boleh bertambah2.. 


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Masak 3 Rasa Terbaek!! (SbS)"

Post a Comment