Resepi Bubur Udang Nyonya!! | Bersarapan bubur di pagi ini. Antara menu yang 'mummy' suka hidangkan. Jom saya kongsikan dengan kalian ya resepinya.
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : FB Nor Haslinda Chua
Join Group : Geng Masak Bersatu (GMB)
Bahan Untuk Rencah:
1 mangkuk udang kertas siap kupas kulit
1 mangkuk tauhu goreng potong dadu
3 sudu besar kicap pekat
3 ulas bawang putih cincang halus
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh lada sulah
1 buku stok ikan bilis
Bahan Hiasan:
Bawang goreng
Daun sup
* kalian boleh aje tambah cili potong jika mahu*
Sukatan Bubur Nasi:
1 pot beras
1500 ml air
Haaaa.... Saya guna kaedah manual untuk masak ya. Zaman dulu-dulu nenek, moyang kita masak dengan dapur arang jew tau takdenya periuk Noxxa yang tengah hot sekarang. Kalian basuh beras dan tenggekkan atas dapur gas dengan api yang perlahan sahaja. Jangan lupa tuangkan air ya.. Sambil tu boleh la kalian sidai kain kan haha...
Ok jom siapkan lauknya.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Jangan sampai hangus sudah!!
Kemudian masukkan udang kertas dan juga tauhu dan kacau.
Dah tu masukkan pula kicap pekat dan kacau lagi.
Nampak tak semua dah kena salut dengan kicap. Padamkan api.
Ok kalian naikkan semula bubur nasi yang sudah kembang dan tuangkan lauk tadi seperti dalam gambar dan kacau.
Perasakan dengan stok ikan bilis, garam halus dan lada sulah. Biarkan mendidih seketika jika pekat kalian tambah air lagi ya. Padamkan api.
Hidangkan bersama bawang goreng dan daun sup. Biar gambar berbicara dengan sendiri haha..
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Bubur Udang Nyonya!! (SbS)"
Post a Comment