Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

TRANSLATE

Bookmark

Resepi Murtabak Roti Daging!! (SbS)

Resepi Murtabak Roti Daging!! | Salam semua, jom kita cuba resepi murtabak roti daging ini pula.. sedap ni..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Sumber : MamaJue Story




Bahan-bahannya :-

* Roti gardenia 12 keping
* Isi daging cincang
* Kentang yang didadukan
* Bawang besar didadukan
* Bawang putih 3 ulas
* Cili padi
* 2 sb serbuk kari
* 1 sk lada hitam kisar
* daun bawang
* Telur
* Susu cair
* cheesedale / cheese ~ sy tak letak sebab takder

Semua pakai agak jer ok..



Cara Buat Inti

Cara-caranya :-

- untuk masak daging saya menggunakan periuk noxxa.. tumiskankan bawang putih, bawang besar hingga wangi. Masukkan daging & lada hitam kacau hingga sebati..

- setelah itu masukkan serbuk kari & masak hingga pecah minyak. Masukkan kentang & cili padi. Kacau hingga sekata..

- tutup periuk Noxxa & HP dalam 2 minit.. setelah siap last sekali tekan mood stir fry, masukkan garam & pak aji dan taburkan daun bawang. Siap.




Dibekas lain kacau telur dan tambah susu cair dalam 2 cawan.. agak2 korang la yer.



Di dalam loyang 4 segi.. korang sapu butter dulu.. susun roti begini..



Layer ke 2 letakkan inti daging..



Layer ketiga curahkan telur tadi.. * korang buat adunan sampai abis.. & nak letak cheesedale pun boleh.. tapi saya tak taruk sebab takder.. Kalau ada, pasti meleleh beb.. hehe



Lapisan atas sekali taburkan daun bawang & cili padi cincang.. & curahkan telur.. kalo nak letak parutan cheese pun boleh.. takder hal..

Bakar dalam oven dengan suhu 220'c selama 40 minit.



Selepas 40 minit



Siap!! Sedappp....

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


7 comments

7 comments

  • I N A  A I N A A
    I N A A I N A A
    9 June 2016 at 21:42
    Mohon jangan ciplak hak resepi orang lain nak dapatkan populariti.. tak malu ke ambil org hak org dan mengaku resepi sendiri? Saya sebagai foodblogger boleh viralkan benda ni. mohon ambil tindakkan kreditkan pada pemilik asal. Sila jadi manusia beretika sedikit

    Resepi original: http://www.mamajue.com/2014/11/murtabak-roti-daging.html
    • I N A  A I N A A
      Admin Media
      5 August 2017 at 00:20
      Maaf kat atas tidak ada sedikit ayat pun mengatakan admin claim ini resepi admin sendiri. Tuduhan macam ni adalah satu tidakan tidak sihat. Anda mengaku anda foodblogger tapi kalau menuduh melulu macam ni, orang tgk pun malu.

      Untuk pencerahan, kat atas admin dah letak kredit nama haruman luqman, sebab admin dapat resepi ni daripada fb dia, so kat situ admin tidak nampak sebarang kredit diberikan kepada sesiapa dan oleh hal demikian, admin beranggapan resepi ini adalah resepi original beliau sendiri.

      Terima kasih kepada semua kerana telah memberikan info kepada admin untuk membetulkan pemilik resepi yang sebenar. Pemilik resepi boleh komen di bawah jika mahu admin delete terus resepi ini atau memadai admin meletakkan kredit asal kepada tuan/puan. Maaf jika semua terkeliru dan menyebabkan salah faham.
    Reply
  • Fadzi Razak
    Fadzi Razak
    6 June 2016 at 23:43
    Mohon kredit pada pemilik asal gambar dan entri http://mamajue.com/2014/11/murtabak-roti-daging.html.

    Beretika sikit bila tulis blog. Kalau copy paste entri org lain, bagi lah kredit sekali. Ni siap copy paste semya sebijik, siap gambar pun nak copy paste
    Reply
  • Jueliza Jamani
    Jueliza Jamani
    6 June 2016 at 22:42
    Cantik gambar yer.. ambik dari blog ni ker??? http://www.mamajue.com/2014/11/murtabak-roti-daging.html
    Siapa la sumber haruman luqman tu yer... ciplak gambar siap seketul ambik.. bravoo
    • Jueliza Jamani
      afzalsukasuki
      6 June 2016 at 23:24
      hahaha mohon Haruman Luqman tukar dapur sebab Mama Jue dah detect tu dapur dia :D
    • Jueliza Jamani
      Admin Media
      5 August 2017 at 00:30
      Jueliza Jamani, adakah puan pemilik asal resepi? admin minta maaf sebab mengambil masa yang lama untuk respon oleh kerana admin tak perasan komen ini. Admin dah gantikan kredit daripada Haruman Luqman kepada puan.

      Cerita sebenar kerana admin jumpa resepi ini di upload oleh Haruman Luqman (fb personal/page tidak pasti) Lepas tu admin tak tgk takde sebarang sumber or kredit diberikan dan oleh sebab itu admin menganggap itu adalah resepi asal beliau. Tidak ada ayat di atas mengatakan admin mengaku ini resepi admin apatah lagi ingin memperoleh populariti seperti yang didakwa hamba Allah di bawah. Setiap resepi yang diupload kat sini semuanya ada sumber dan kredit diberikan.
    • Jueliza Jamani
      Admin Media
      5 August 2017 at 00:30
      Jika nak admin delete, boleh respon di bawah komen ini. Terima kasih
    Reply