Resepi Kari Penang Mari!! (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Kari Penang Mari!! (SbS)

Resepi Kari Penang Mari!! | Salam semua, jom kita cuba resepi ini pula.. sedap ni..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : Rafiza Idayu



Tumis rempah herba sampai naik bau. 

Tips penting : Kari ikan berbeza dengan kari ayam. Perlu ada rempah herba yang ada biji sawi dan herba (fenugreek).

Fenugreek sangat bagus untuk menambah susu ibu secara semulajadi.

Rempah herba - disebut halba campoq

Halba campur - Ada biji sawi, halba (fenugreek), jintan manis dan jintan halus.



Masukkan daun kari.

Daun kari tu org penang panggey daun karapulai. Yaka? hehe



Bawang besar dan bawang putih hanya dihiris nipis.

Tips penting : Kari ikan tiada halia tetapi kari ayam/daging perlu masukkan halia.



Tumis sampai naik bau.



Masukkan serbuk kari.



Masukkan separuh santan. Masak sampai 'pecah minyak'. Kacau berterusan. Api sederhana.

Lagi separuh masuk selepas masukkan ikan.

Nota : Sebelum ini cara saya masak saya asingkan santan pekat dan santan cair.

Tetapi dalam resepi ini santan tak asing. Guna santan kotak atau santan peket. Masukkan separuh santan.

Dalam resepi ini tak perlu risau 'pecah santan'.



Masukkan air setengah cawan. Gaul sentiasa sampai pecah minyak.



Bancuhan akan jadi likat. 

Nota : Tak perlu risau kari pecah santan. Sebelum ini saya takut nak masak makanan bersantan sebab leceh nak jaga dia pecah santanlah, api kecil lah, santan pekat santan cairlah.



Ikan yang en. suami pancing semalam. 

Sebab puan isteri dah pandai masak kari ikannyang sedap, dia rajin pula memancing.



Masukkan kepala ikan. Hah! Tu dia... penuh periuk.



Masukkan air.



Hati hati kacau supaya tak pecah ikan.



Masukkan paste asam jawa.

Kari ikan perlu sedikit masam. Jadi boleh lebihkan asamnya sedikit.



Kemudian masukkan tomato. 

Saya suka masukkan tomato kemudian untuk elakkan dia terlalu hancur.



Siap kari ikan.

Bubuh garam dan sedikit gula perang untuk lebih umph!

Saya memang tidak memasak menggunakan ajinomoto sebaliknya saya tambah sedikit manis dan masam untuk rasa yang umph!


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Kari Penang Mari!! (SbS)"

Post a Comment