Resepi Daging Masak Kacang Bendi!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Daging Masak Kacang Bendi!!

Resepi Daging Masak Kacang Bendi!! | Fuhh bestnya kacang bendi goreng dengan daging ni.. cuba la, makan dengan nasi panas-panas. peghhh....

Bahan-bahannya:


  • 1/2 kg. daging lembu atau kambing dipotong dadu.
  • 1/2 kg. kacang bendi dibuang tangkai, sekiranya panjang.
  • 1 biji bawang besar dibelah enam (vedges).
  • 1/2 lada hitam ditumbuk kasar.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • 1 sudu besar serbuk cili. (ikut kepedasan yang anda kehendaki- boleh juga gunakan cili kering kisar dalam 15 biji. Tetapi untuk complexion warna mamak haji pilih cili serbuk.)
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar – goreng biji ketumbar dan dikisar halus.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih (sekinya tidak ada pes, gunakan 3 biji bawang putih dan 2cm halia ditumbuk halus).
  • 1 sudu kecil tomato puree.
  • 1/2 tin sup tomato (250gm).
  • 1/2 tin susu cair.
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa.
  • 2 biji bawang dikisar dan jadikan 2 cawan air bawang.


Bahan untuk tumis: 


(sekiranya anda punyai garam masala, gunakan 1/2 sudu kecil dan tak perlu gunakan rempah penumis seperti dibawah ini.)

  • 2 kuuntum bunga lawang.
  • 1 keping kulit kayu manis.
  • 5 bunga cengkih.
  • 5 biji buah pelaga.



Cara penyediaanya:


  1. Basuh daging dan potong kiub. Lumurkan daging bersama dengan sedikit garam, lada putih dan 1/2 sudu besar pes halia bawang putih.
  2. Biarkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  3. Basuh kacang bendi dan potong tangkainya kalau terlalu panjang potong dua.
  4. Sediakan kuali. Bila kuali panas, masukkan minyak masak, bila minyak panas masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, dan buah pelaga.
  5. Bila rempah ini mengeluarkan bau haruman masukkan baki halia bawang putih dan bawang yang telah dipotong vedges. Layukan bawang.
  6. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili (peskan serbuk cili dengan sedikit ait sebelum masukkan, kacau sebati daging dengan rempah sehingga bangkit bau harum rempah. AWAS jangan sampai terbakar rempah.
  7. Masukkan segera daging yang telah peram.
  8. Kacau sebati daging. Kecilkan api dapur dan biarkan daging masak dengan air dagingnya. Tutup dengan penutup. Sekali sekala buka tudung dan kacau. Sekiranya air kurang untuk masak daging itu tambahkan.
  9. Masak daging ini dengan cara simmering/renehan.
  10. Sekiranya anda punyai “pressure cooker atau slow cooker” ia amat mudah lakukan.
  11. Bila daging telah masak 3/4, masukkan air bawang dan didihkan kembali. Air bawang adalah untuk dijadikan kuah.
  12. Bila air bawang mula didih dan daging sudah masak secukup, masukan sup tomato, susu cair dan garam secukup.
  13. Sekiranya anda inginkan kuah pekat dan berlemak boleh tambah 100gm santan pekat dalam kuah tersebut.
  14. Biarkan kuah mereneh/simmering dan jadikan kuah pekat. Awas dengan daging. S
  15. ekiranya anda takut daging akan lerai, mulakan dengan daging 3/4 masak.
  16. Akhir sekali masukkan kacang bendi dan masak dengan api dapur kecil selama 10 minit lagi. Bamia anda telah siap.
  17. Anda boleh hidangkan dengan daun pudina atau daun ketumbar diatas hidangan anda.


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
InsyaALLAH peroleh pahala..

Sumber : Jamaludin Ban
Resepi Daging Masak Kacang Bendi!!


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Daging Masak Kacang Bendi!!"

Post a Comment