Resepi Bubur Lambuk Asli Terengganu!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Bubur Lambuk Asli Terengganu!!

Resepi Bubur Lambuk Asli Terengganu!! | Haa..bubur lambuk Terengganu ni menggunakan daun pucuk midin (atau ada orang panggil pucuk paku merah), daun kesum, dan daun kaduk sebagai ramuan ulamannya..pendek kata kalau takde pucuk midin ni, tak dipanggil bubur lambuk Ganu kite la..boleh juga nak tambah kacang panjang atau daun lain. SAWI, LOBAK MERAH, KANGKUNG kurang sesuai digabungkan dalam ramuan bubur lambuk Terengganu ni..nanti hilang keaslian rasa dan rupanya. Ok, jom tengok apa bahan dan cara membuatnya.




Bahan-bahan :


  • 1 1/2 cawan beras (Untuk 6 orang makan)
  • 5 ekor ikan selayang @ ikan lolong @ ikan kembung( Isi ikan selayang paling manis)
  • Ikan bilis
  • 3 cawan santan sederhana pekat ( 1 cawan santan pekat + 2 cawan air ) 
  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Daun pucuk midin
  • Daun kesum
  • Daun kaduk
  • 1@2 biji keledek
  • 1 keping Asam keping
  • 2 sudu lada hitam ditumbuk
  • 2 sudu kerisik/nyior gula (Kalau tak letak pun takpe, tapi kalau letak, lebih aromanya)
  • 3 sudu budu asli Terengganu (bahan rahsia penambah perisa "Ganu" asli..hehe)
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa jika suka.
  • Limau nipis dan lada jeruk sebagai bahan iringan untuk hidangan.


Penyediaan bahan:


  • Masakkan beras dengan air yang banyak hingga menjadi bubur. 
  • Hiris halia dan ketuk.
  • Sementara menunggu beras menjadi bubur, rebus ikan serta asingkan isi dan tulang ikan tersebut.(masukkan sedikit garam dan asam keping semasa merebus ikan)
  • Kisar tulang ikan bersama air rebusan ikan tadi dan tapis. (ketepikan)
  • Kisar semua bawang-bawang itu tadi. (ketepikan)
  • Kupas keledek tadi dan potong dadu anggaran 1 inci.
  • Daun-daun tadi dikoyakkan dan diambil pada bahagian daun yang lembut dan pucuk sahaja
  • Tumbuk lada hitam jgn terlalu hancur


Langkah-langkah membuatnya:


  1. Setelah bubur masak, masukkan halia, keledek dan semua bahan yang telah dikisar tadi, air rebusan ikan dan isi ikan rebus yang telah ditumbuk ke dalam bubur. 
  2. Biarkan sebentar hingga mendidih.
  3. Masukkan kerisik@ nyior gula dan kacau sehingga naik baunya.
  4. Masukkan santan dan daun-daun yang telah dikoyakkan itu tadi.
  5. Masukkan lada hitam yang telah di tumbuk.
  6. Kacau sentiasa supaya tidak berkerak di bawah periuk.
  7. Biarkan bubur mendidih dan tunggu keledek empuk.
  8. Masukkan budu asli terengganu (terpulang. Ikut citarasa)
  9. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Perahkan asam limau nipis dan jika mahu pedas, boleh juga dimakan bersama lada jeruk.
  10. Sedia untuk di makan.

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
Banyak pahala dapat..

Sumber : mauceriasokmo
Resepi Bubur Lambuk Asli Terengganu!!


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Bubur Lambuk Asli Terengganu!!"

Post a Comment