Resepi Beef Cheezy Ball Homemade | Salam semua ok seperti yang saya janji ni dia resepi beef cheezy ball homemade saya. Sila follow step by step untuk tengok resepi dan cara buat yer.. ok selamat mencuba semua
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : Ana Mariana Ismail
Join Group : Geng Masak Bersatu (GMB)
Bahan:
- ubi kentang 4 biji
- tepung gandum 1cawan
- mozzarella cheese yg dipotong dadu
- garam & lada sulah
- mincemeat
(nak gantikan dengan isi ayam pun boleh)
- telur & breadcrumb.
Ok mula-mula rebus dulu kentang sampai empuk..
Toskan airnya pastu lenyekkan kentang sampai hancur dengan sedikit garam dengan lada sulah yer.
Pastu masukkan lak mincemeat kita.. saya guna ini dalam 400gm..
Gaul sampai sebati dengan kentang ok.
Pastu masukkan 1 cawan tepung gandum, gaul bagi sebati. Kalau suka pedas boleh je nak letak serbuk blackpepper ke cili potong-potong ke sayur-sayur ke ikut citarasa sendiri la yer.
Pastu rehatkan doh kejap yer.
Ok masa untuk menguli.. amik sedikit adunan terpulanglah nak besar mana kan saya suka comel-comel jer.. pastu letak mozzarella cheese kat dalam pastu bulat2 kan dia macam ball ok.
Dahtu boleh la celupkan dalam telur yang dipukul bersama sedikit garam dengan lada sulah jugak.
Pastu golek2kan jer ball tu atas breadcrumb sampai sekata.
Ulang step di atas sampai habis adunan..nak cepat buat dilu ball tu banyak2 pastu baru celupkan dalam telur & breadcrumb ok.
Dah siappp so boleh la frozenkan nanti nak goreng amik jer.. Senangkan boleh buat bekal untuk anak ke sekolah jugak.
Ok kalau nak goreng panaskan minyak pastu slow sikit api masa proses menggoreng ni sebab xleh goreng api terkejut nanti bahagian dalam x masak pulak kan.
Tapi masa nak goreng tu make sure minyak dah betul-betul panas ok.
Ok bila dah masak angkat dan toskan minayk atas kitchen tissue yer.
Jeng3.. siap sedia untuk dinikmati alhamdulillah sila la try senang jer ni...
Tengok tu melelehhh.. :D
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
Delicious
ReplyDelete