Resepi Ayam Masak Kurma Sedap!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ayam Masak Kurma Sedap!!

Resepi Ayam Masak Kurma Sedap!! | Sangat mudah untuk masak ayam masak kurma. Senang sahaja, tetapi hasil yang menakjubkan. Sila cuba sendiri..hehe

Bahan-Bahannya:


1/2 ekor ayam, dipotong ikut suka

Dikisar:

  • 3 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 biji cili hijau
  • 1 inci halia
  • 1 inci kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 paket kecil serbuk rempah kurma Adabi, dibancuh dengan air
  • 1 batang serai, dititik
  • Sekeping asam jawa
  • 2 biji buah keras, ditumbuk
  • 1 biji kentang, dibelah 4
  • 1 biji bawang besar, dibelah 4
  • 1 biji buah tomato, dibelah 4
  • 1 biji cili hijau, dibelah
  • 1 mangkuk santan
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa


Cara penyediaanya:


  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, rempah ratus, halia dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma dan buah keras. Tambah sedikit air dan kacau.
  3. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam disaluti rempah dan bertukar warna agak keputihan.
  4. Tuangkan santan dan kacau sesekali hingga mendidih. Masukkan kentang dan masak sehingga kentang lembut.
  5. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masukkan bawang besar dan cili hijau yg telah dibelah. Kacau sebentar dan bolehlah dihidang dengan nasi.


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Oleh : fb
Resepi Ayam Masak Kurma Sedap!!


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ayam Masak Kurma Sedap!!"

Post a Comment