Resepi Ayam Masak Kicap Terbaek!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ayam Masak Kicap Terbaek!!

Resepi Ayam Masak Kicap Terbaek!! | Jom try berbuka nanti.. ayam masak kicap best.. hehee

Bahan bahannya:


  • 1/2 ekor ayam
  • serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 cm halia*
  • 5 tangkai cili padi (dipotong 2)
  • 1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
  • kicap manis secukup rasa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
  • Daun sup.


Cara memasaknya:


  1. Potong ayam kepada bahagian sederhana kecil.
  2. Gaul dengan kunyit dan garam. Goreng separuh masak. Angkat dan letak ketepi.
  3. Tumbuk kasar bahan bertanda *
  4. Panaskan 4 camca besar minyak. Tumis bahan tumbuk kasarsehingga kekuningan dan naik bau.
  5. Masukkan ayam, sos tiram dan kicap beserta sedikit air (1 cawan). Kacau dan tutup, biarkan sehingga ayam menjadi empuk.
  6. Kemudian masukkan cili padi dan bawang besar, biar 5 minit. Hiaskan dengan hirisan daun sup.
  7. Siap untuk dimakan.


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Oleh : fb
Resepi Ayam Masak Kicap Terbaekk!


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ayam Masak Kicap Terbaek!! "

Post a Comment