Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

TRANSLATE

Bookmark

Resepi Ayam Kicap Madu!!

Resepi Ayam Kicap Madu!! | Sedapnya kalau dapat buat ni. Cuba la yer... sedap ni ayam kicap madu..

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (potong 12)
  • 1 bawang besar (hiris)
  • 3 helai daun bawang
  • 2 biji buah tomato (belah 4)
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar gula/gula merah
  • 1 biji cili merah - hiris
  • Garam, kunyit, gula/perasa
  • Minyak




Cara buat:

1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan

2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau-kacaukan sehingga agak garing & naik aromanya

3. Masukkan sos tiram dan madu, kacau-kacaukan lagi. Sesuaikan rasa (tambah garam, gula jika perlu)

4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau-kacaukan biar sebati dengan kuahnya

5. Terakhir baru masukkan buah tomato/cili merah dan kacau sebati

6. Dah siap tutup api..taburkan daun bawang

Sumber : (Sila Maklumkan)
Resepi Ayam Kicap Madu!!


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Post a Comment

Post a Comment