Resepi Udang Masak Tempoyak Petai (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Udang Masak Tempoyak Petai (SbS)

Resepi Udang Masak Tempoyak Petai | Resepi yang tersangat simple.. korang boleh cuba...

Cara buat ada pada setiap gambar.

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : Cahaya Hidayah AQ



Ni bahan-bahan untuk dikisar:

✔️ 1/2 bawang besar

✔️ 2 ulas kunyit hidup

✔️ 10 biji cili padi (kalau nak pedas lagi letak lah lebih yea)

✔️ 4 sudu teh tempoyak (letak air 1/2 cawan jea tau...)



Yang ini bahan-bahan yang sudah siap dikisar ok.



Petai ikot selera lah yea



2 tangkai serai di titik



1/2 biji kelapa

Bagi yang malas nak perah bolehlah blend lagi bagus blend bagi pekat..

Letak air 2 cawan je tau sebab nak bagi pekat..  kalau tak nak pekat or nak yang berkuah.. boleh lah blend 2 kali



Udang 1/2 kg 

Buang misai dan benda tajam kat kepala dia tu.. Kepala jangan buang tu yang buat sedap dan manis

Ekor pun buang..



Okey tumis serai terlebih dahulu.. minyak hanya 1 sudu besar jea tau.. jangan banyak-banyak



Dah naik bau serai.masukkan petai pulak tumis sampai naik bau petai



Masukkan udang tadi.. kacau sampai udang kemerahan..

Sepatutnya saya masukkan daun kunyit sekali dihiris halus.. lagi sedap bau pun menarik.. disebabkan puas mencari semua kedai takde stok.. so takde lah letak..



Ok masukkan bahan-bahan yang dah dikisar tadi..



Kacau sampai sebati



Baru masukkan santan.. kacau bagi sebati dan masukkan garam secukup rasa ok



Kacau sampai dia jadi pekat macam ni.. kalau rase taknak pekat pun boleh..

Kadang-kadang ada yang nak berkuah kan.. ikut selera masing-masing ok



Okey siap untuk di hidang..

Selamat mencuba...
Jangan lupa share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Udang Masak Tempoyak Petai (SbS)"

Post a Comment