Resepi Nasi Ayam Penyet Special!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Nasi Ayam Penyet Special!!

Resepi Nasi Ayam Penyet Special!! | Jom belajar masak ayam penyet. Ni resepi lengkap untuk korang semua yer. Cuba sampai jadi. Jangan putus asa. Sedap...

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ayam (potong-potong dan asingkan bahagian isi dengan yang bukan isi eg: kaki, kepak, leher, tulang dada untuk di buat sup)
  • 1 keping tempe (dalam peket)
  • 4 keping tauhu
  • Tepung beras (anggaran untuk tabur pada ayam, tempe dan tauhu goreng)
  • Ulam-ulaman (saya guna kobis, kacang panjang, timun dll )

Bahan kisar:

  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • 1 sudu teh jintan halus
  • 1 sudu teh lada putih
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kiub ayam
  • *Bahan kisar ini agak banyak dan nanti akan di gunakan utk memerap ayam, tempe, tauhu dan digunakan untuk membuat serdak @ kremes )

Cara Penyediaaanya:

  1. Kisar bahan-bahan di atas bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan bahan perasa/kiub ayam yang dihancurkan.
  2. Kemudian perap bahan kisar bersama bahagian ayam yang telah di cuci dan di bersihkan.
  3. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk beberapa jam sebelum di goreng.
  4. Untuk menggoreng ayam, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi kemudian goreng ayam seperti biasa.
  5. Untuk tauhu, potong dua melintang, kemudian gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam tadi, masa nak mengoreng taburkan sedikit tepung beras dan lumur hingga rata. kemudian barulah di goreng seperti biasa.
  6. Untuk tempe, potong 4 dan belah dua melintang, kemudian gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam.
  7. Masa mengoreng boleh tabur dengan sedikit tepung beras dan goreng seperti biasa.


Untuk sup:

Bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk (dipotong-potong)

Untuk Tumisan:

  • 3 ulas bawang putih (di tumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (di hiris)
  • 1 biji bawang besar saiz kecil (ditumbuk)
  • 1 inci halia (di ketuk kasar/ ditumbuk halus)
  • 1/2 sudu makan lada putih (ditumbuk)
  • rempah 3 sekawan secukupnya (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
  • garam secukupnya
  • sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
  • air secukupnya untuk kuah
  • minyak untuk menumis
  • daun bawang/ daun sup (bahan tabur)

Cara membuatnya:

  1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air.
  2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam, sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api

Untuk Sambal:

  • 5-6 biji cili merah
  • secekak kecil cili padi ( boleh kurang jika tak suka pedas )
  • 3 biji buah tomato – saya guna saiz besar
  • belacan bakar ( anggaran 1 1/2 inci )
  • 1 sudu makan garam
  • 2 sudu makan gula
  • 1 -2 biji limau kasturi- ambil jusnya


Cara membuatnya:

  1. Kisar semua bahan diatas bersama sedikit air masak.
  2. Sesuaikan rasa garam dan gulanya – bolehlah terus dihidangkan!!


Bahan Serdak @ kremes:

  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan air (saya guna cawan kecil)
  • 2 1/2 sudu penuh tepung beras
  • sedikit rempah perapan ayam tadi
  • sedikit garam


Cara membuatnya:

  1. Satukan dan kacau hingga sebati bahan-bahan di atas. Kalau bancuhan agak pekat tambah lagi sedikit air
  2. Panaskan minyak (banyak) dalam kuali….
  3. Bila minyak dah panas, masukkan sesenduk kecil dan spread/tebarkan bancuhan tepung dalam minyak.
  4. Cepat2-cepat kacau dan goreng hingga kekuningan dan garing (cruncy).
  5. Angkat menggunakan tos, dan buat hingga habis.


Untuk menghidang:

Hidangkan nasi, tempe dan tauhu goreng, ayam goreng, ulam dan sup (dalam mangkuk kecil). Serdak @ kremes tu di taburkan kat atas ayam dan tempe/tauhu, dan bolehlah menjamu selera.

Jangan lupa share..
Selamat mencuba..

Oleh : Wana Yusuf
Resepi Nasi Ayam Penyet Special Paling Sedap!!


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Nasi Ayam Penyet Special!!"

Post a Comment