Resepi Biskut Butter Abuain (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Biskut Butter Abuain (SbS)

Resepi Biskut Butter Abuain | Sila cuba dan share untuk koleksi kuih raya anda :)

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : Khairul Hakimin Muhammad


Bahan-bahan:

1 cawan butter - saya guna Buttercup
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik

Cara-caranya ialah:

Gunakan mixer, masukkan gula halus dan butter, pukul sebati. Kemudian masukan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan esen vanilla. 

Masukkan tepung bersama serbuk soda bikarbonat dan serbuk penaik. Adunan akan sedikit lembik.

Untuk kekalkan kerangupan biskut, letakkan adunan tersebut dalam bekas bertutup di dalam peti ais (bukan sejuk beku), selama lebih kurang 2 jam sebelum bakar.

Baiklah, untuk membakarnya. Gunakan sudu kecil dan kaupkan sedikit terus letakkan di atas dulang. Jarakkan lebih kurang 1 jari setiap biskut kerana biskut akan mengembang sekali ganda.

Bakar selama 10 minit dengan suhu 200'. Oh ya, panaskan dulu ketuhar ya selama 16 minit.

Gunakan mixer jenama pensonic, kahkahkah RM85 je rasanya. Buh butter, gula halus dan telur siap-siap. Telur tu basuh. Karang bergaduh pulak hal halal haram udah tak siap biskutnya.



Pukul dengan speed 1, kemudian masukkan esen vanilla.



Dah nampak berkrim disukai ramai, masukkan tepung sikit demi sedikit lama lama jadi biskut.



Masukkan serbuk penaik dan serbuk soda bikarbonat. Kahkahkah sudu kecil abang hilang, abang guna pisau baru nampak liar dan angkuh. 

Pukul terus jangan hentikan mixer tu.



Tadaaa. Siap. Adunan ini akan jadi pekat likat dan berkilat. Lawa. 

Kalau keras semacam tu elok kau cuba baling dinding. 

Kalau melekat suruh laki kau cuci dengan wajah paling ayu. Kahkahkah.



Sudukan guna sudu pink anak kau. 

Ambil saiz kecil ja kerana ia akan mengembang seganda.



Kemudian guna sudu pink lain, tolak elok-elok dan susun dengan jarak 2 jari setiapnya



Macam ini.



Guna api atas bawah, suhu 200. Bakar selama 10-11 minit sahaja. 

Kalau kau guna oven industri, api atas 120, api bawah 150. 

Kalau guna dapur gas, kau tanya mak kau.



Masa bakar 2-3 minit pertama ia akan mengembang lawa cenggini. 

Kau jangan buka, biar je dan buat dulang lain dan hentikan dari main henpon.



Bila dah siap ia akan mengecut balik. 

Keluarkan dari oven, sejukkan dalam 10 minit ia akan mengeras dan rangup.



Siap. Kira 50 keping masukkan dalam balang.



Tutup balang dan simpan sampai raya. Boleh tahan sampai 3 bulan woih. Power tak?

Oh ya, 1 lagi tips nak kasi rangup macam famos amos, kau simpan adunan ini dalam peti ais semalaman. Letak bahagian bawah, bukan sejuk beku. Lagi power kerangupannya!

Jangan lupa share..
Selamat mencuba..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Biskut Butter Abuain (SbS)"

Post a Comment