Resepi Ayam Masak Sambal Sedap | Jom buat lauk sambal ayam yang lazat gitu.. ni resepi raka India kita yang aktif memasak, SheeNa HaseeNa
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : SheeNa HaseeNa
Join Group : Geng Masak Bersatu (GMB)
Bahan-bahan:
5 biji bawang merah dipotong bulat
2 sd makan ginger garlic paste
2 batang serai diketuk
6 sd makan pes cili kering kisar (tuan resepi buat sendiri)
1 ekor ayam diperap dengan garam dan serbuk kunyit
Goreng ayam sehingga 3/4 masak
Ayam yang siap digoreng.Ketepikan
Tumis serai dan ginger+garlic paste
Masukkan bawang merah dan kacau rata.
(Simpan sedikit bawang merah untuk ditabur nanti).
Setelah bawang layu, masukkan pes cili
Biarkan pecah minyak
Perasakan dengan garam
Masukkan 3 sd makan sos cili dan gaul rata
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi
Tambah sedikit air (option), I like more gravy dan biarkan ayam masak sepenuhnya.
Taburkan baki bawang tadi dan kacau rata
Tutup api dam taburkan daun ketumbar
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Ayam Masak Sambal Sedap (SbS)"
Post a Comment